Tuesday

Dr Mujahid pula difitnah kerana bergambar dengan anak saudara OKU


JIKA semalam pasangan suami isteri yang hadir Himpunan Bersih 5 difitnah melakukan maksiat,



Kali ini Dr Mujahid Yusof Rawa pula difitnah kerana bergambar dengan seorang budak perempuan Orang Kelainan upaya, OKU yang juga merupakan anak saudaranya.


Gambar Mujahid dan budak perempuan tersebut disebarkan di media sosial memfitnah kononnya Naib Presiden AMANAH itu mengambil kesempatan berkepit dengan amoi dalam Himpunan Bersih 5, pada 19 November 2016 yang lalu.

Bagaimanapun, Dr Mujahid menjelaskan bahawa budak perempuan yang dikatakan amoi itu sebenarnya adalah anak saudara beliau, Nazirah namanya. 

Nazirah tidak pernah ketinggalan menyertai himpunan sejak Himpunan Bersih 1 lagi, dia datang dibawa oleh bapanya.

2 comments

Syabas adik..x makan dedak..insyallah ahli syurga..x payah ada no ahli pas

Syabas adik. Anda memang hebat. Berhati cekal dan memiliki jiwa kental.

Sedangkan yg berbadan besar, sihat dan kuat kebanyakannya hanya mampu bersila di depan tv atau tidur sepanjang hari melayan nafsu kerana hati yg kosong dan jiwa yg kecil.


EmoticonEmoticon