Wednesday

Harga minyak masak terlalu mahal, peniaga bimbang kena maki pelanggan


KENAIKAN melampau harga minyak masak akibat dari tindakan rasionalisasi subsidi (penarikan subsidi) oleh kerajaan bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah ia turut menyusahkan peniaga yang menjual komoditi itu.

Sementara pengguna terbeban dengan kenaikan harga minyak masak sehingga melebihi 60 peratus berbanding harga sebelum, peniaga pula bimbang kena maki dengan pelanggan kerana terpaksa jual minyak masak pada harga yang mahal.



Perkara itu diluahkan oleh salah seorang sahabat melalui laman facebook miliknya. Beliau mendakwa terpaksa memilih untuk membiarkan rak jualan minyak masak di kedainya kosong sementara menunggu harga diumumkan oleh KPDNKK berbanding dimarahi oleh pelanggan kerana jual minyak masak dengan harga mahal.

Menurutnya harga modal minyak masak botol 5kg tidak berjenama (cap ayam/low class) sudah lebih RM18 manakala minyak masa jenis sama berharga lebih RM20. Kalau harga modal yang diberikan oleh pembekal sudah begitu mahal, harga jualan kepada pengguna tentu lebih mahal lagi.



KPDNKK dikatakan ada mengesahkan bakal berlaku kenaikan harga minyak masak, namun kadar kenaikan masih tidak dinyatakan secara jelas.

Minyak masak adalah bahan asas kepada makanan, kenaikan harga minyak masak ini akan menyebabkan lonjakan harga makanan secara mendadak. Ekonomi rakyat yang sudah sedia tertekan, akan jadi lebih tertekan lagi.

"Terima kasih tangan-tangan bodoh yang mengundi Barang Naik, BN"

4 comments

Kah4
Rakyat didahulukan utk tanggung biawak hidup
Padan muka hampa

Susah apa, pakai je minyak diesel E5, seliter baru 2 ingit. Harga minyak masak kat mesia adalah yg terendah di rantau ini, rakyat ada pilehan nak turun bersih atau tak?

buat minyak kelapa sendiri kihkihkih

Sure nnt ada menteri chop ayam kata "buat apa pakai minyak masak banyak...bahaya untuk kesihatan...nak goreng..goreng tanpa minyak..atau..makan ikan rebus saja"

He5


EmoticonEmoticon