Sunday

Pasaraya Giant jual alas kaki bendera PAS cetus kemarahan ahli


PASARAYA Giant di Tawau Sabah, didakwa menjual alas kaki berwarna hijau dengan bulatan berwarna putih di tengah yang mirip dengan bendera Parti Islam Semalaysia, PAS mencetuskan kemarahan ahlinya di laman sosial facebook.


Salah seorang penyokong parti itu mendakwa Pasaraya Giant sengaja memprovok perasaan dan kesabaran ahli, penyokong dan pendukung PAS di seluruh negara.

Penyokong tegar itu turut menyertakan gambar alas kaki yang dimaksudkan di mana salah satu gambar dipegang oleh seorang lelaki yang memakai baju ARC (Alternative Riding Club) sebuah kelab motorsikal yang ditubuhkan oleh Sayap Pemuda PAS.


Aku tak pasti sama ada isu ini akan dipedulikan atau tidak. Kalau alas kaki serupa logo Barisan Nasional atau Umno aku yakin akan jadi berita utama media-media arus perdana kawalan BN (sebut Barang Naik).

Apa pun, pendapat aku secara peribadi, pasaraya seperti Giant seharusnya lebih sensitif selepas ini. Logo atau lambang persatuan masak-memasak makcik Kiah yang hanya ada dua orang ahli pun tidak patut dijadikan alas kaki, apatah lagi lambang PAS.

Bila lambang parti dijadikan alas kaki, penyokong parti mana pun akan marah, kerana ia dianggap satu penghinaan dan membuatkan mereka rasa terhina.

5 comments

Padan pun, patutnya diletak alas kaki kat jamban, tandas dan toilet masjid

Mmg patut pun jadi alas kaki jer..

Nasib baik tak di kibar kat kandang babi atau pun buat tambat anjing. Heran juga.....kenapa nak marah2, mungkin sapa pijak bendele pas dikira menghina ugama kot.....kita tunggu fatowa lajnah Agama PIS.

Nak buat alas meja pun boleh apa. Tak semestinya alas kaki. Yg letak atas lantai tu si ahli pas tu sendiri. Giant tu gantung elok aje. Gantung pun tinggi. Jangan nak negatif sgt lah... menyampah


EmoticonEmoticon