Sukarelawan Bersih 5 asing sampah dengan baik — Pekerja Alam Flora

PEKERJA daripada Alam Flora, dilaporkan antara yang terlibat membersihkan sampah sarap yang terhasil daripada himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016 yang lalu.

Bagaimanapun mereka mendakwa sukarelawan Bersih 5 melakukan tugas yang begitu baik mengutip, mengumpul dan mengasingkan sampah sarap yang telah dibuang oleh peserta Himpunan Bersih 5.


"Mereka ada sistem yang baik — terdapat banyak tempat pembuangan sampah diletakkan merata lokasi bagi memudahkan orang membuang sampah, mereka juga ada sukarelawan yang mengutip sampah" lapor The Star memetik kata pekerja Alam Flora yang enggan dikenali.

"Berbeza sekali dengan Padang Merbok (tempat himpunan Baju Merah), banyak sampah sarap terutama botol plastik dan plastik pembungkus makanan dibuang merata-rata di tepi-tepi jalan dan di dalam longkang" tambahnya lagi.

Sebelum ini Portal The Star ada melaporkan bahawa, sukarelawan Bersih 5 dibahagikan kepada 4 zon untuk mengutip sampah sarap selepas perhimpunan berlangsung.

Mereka menyediakan papan tanda tempat membuang sampah, dan juga kantung dan karung bagi memudahkan orang ramai membuang sampah.

Sumber — The Star 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan