Aktivis Mavi Marmara Palestin dituduh dekati Najib untuk cari makan

GAMBAR kepulangan Ustaz Hassanudin Mohd Yunos antara aktivis yang ditahan oleh Zionist Israel ketika menyertai misi menghantar bantuan bersama Kapal Mavi Marmara ke Palestin lebih 5 tahun lalu menjadi bahan kutukan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Rakariadi facebook.

"Cari makan tapi tak dilayan. Nasib khadam kepada khadam," tulis Razman di akaun facebook miliknya yang turut menyertakan foto-foto Ustaz Hassanuddin yang dibulatkan dalam kiriman itu.

Gelaran khadam biasa digunakan oleh penyokong dan pemimpin PAS, merujuk kepada penyokong dan pemimpin Parti Amanah Negara, Amanah parti serpihan PAS. 

Berikut kiriman yang dimaksudkan.


Dalam gambar tersebut, Ustaz Hassanuddin yang ketika itu (tahun 2010) merupakan presiden NGO Aqsa Syarif, disambut oleh Dato Seri Najib Razak ketika baru pulang selepas ditahan di penjara Israel dalam tragedi Mavi Marmara yang menjadi tumpuan seluruh dunia pada waktu itu.

Ustaz Hassanuddin sebelum ini pernah menjadi calon PAS di Johor sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai parti AMANAH.


Empunya badan, Ustaz Hassanuddin sendiri turut menjawab kiriman tersebut, di bawah ini jawapan dari beliau:

Saya mengadu kepada Allah Apa maksud posting sahabat yang baru saya kenali ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gambar ketika saya selaku Pengerusi Aqsa Syarif kembali dari Turki selepas ditahan di penjara Negara Haram Israel

Itu perjuangan kecil kami utk merdekakan Masjidil Aqsa dan dimulakan dgn Gaza dahulu....

Kami bersama dgn darah para syuhada' Marvi Marmara

Kami cuba memahami Hadis Nabi S.A.W:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده

Ertnya:  Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad

Sekembali dari pengorbanan kecil itu, kami disambut oleh TPM di KLIA dan diundang utk sarapan bersama Najib dan Rosmah di kediaman mereka

Beberapa minggu kemudian saya hadir Muktamar PAS

Tiada sebarang permuafakatan dan perjanjian dgn PM

Saya akan mendoakan sesuatu yg baik2 utk Pesuruhjaya PAS Perak ini

3 Comments

  1. Busuknya hati pjpas perak ni........elok dihantar ke myanmar pj tak guna ni......berani ke?

    ReplyDelete
  2. Mcm mana org buruk hati dan buruk perkataan mcm tu boleh terpilih sbg pj pas Perak?

    Besar sgt ker pangkat dia tu??

    ReplyDelete
  3. Astagfirullah ...pengorbanan yg lama di fitnah kembali..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan