Thursday

Banyak kali saya kata Najib curi duit, tapi dia tak saman kata Tun Mahathir


SUDAH berulang kali Tun Mahathir secara terbuka menuduh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak mencuri duit rakyat, namun sampai ke hari ini tiada sebarang tindakan saman malu dibuat terhadap bekas perdana menteri itu.


Menurut Tun Mahathir, seseorang yang tidak bersalah boleh membuat saman malu jika dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukannya, namun tiada sebarang saman dikenakan terhadap beliau walaupun telah berulang kali menuduh Najib mencuri duit.


"Biasanya kalau satu orang kata kepada satu orang, awak curi duit, tapi dia tak curi, dia boleh buat saman malu kepada orang yang tuduh dia, tapi tak ada pun, saya dok kata berkali-kali Najib curi duit, Najib curi duit, Najib curi duit,"

"Tak ada saman malu, pasal apa tak ada saman malu, pasal dia curi duitlah, nak malu apa dia curi duit, " kata Tun Mahathir dalam satu ceramah Bicara Rakyat baru-baru ini.

Tun Mahathir turut menyatakan kesediaannya untuk menjawab di mahkamah berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya kepada Najib.

"Dia nak bawa saya pergi mahkamah saya (sedia) pergi mahkamah, dah suruh polis tanya saya dah empat kali dah, saya buat ucapan, hantar polis tanya saya, saya kata kalau nak jawapan bawa saya pergi mahkamah, saya jawablah," tegasnya.

Tun Mahathir mendakwa, duit kerajaan yang dicuri oleh Najib sebahagian dibelanja untuk menyogok para pengundi, manakala sebahagian lagi diberikan kepada wakil rakyat dan para pemimpin Umno.

"Sudah ada banyak bukti dia (Najib) curi duit, duit kerajaan dia curi, sebahagian dia bagilah nak sogok pengundi-pengundi dan wakil rakyat Umno dan pemimpin-pemimpin Umno, dia bagi duit inilah yang menyebabkan negara kita jadi rosak," katanya lagi.

11 comments

MahaKutty @ MahaPEROMPAK suka tuduh orang mencuri! Macam MUNAFIK tuduh orang tak sembahyang!'
.....hahahahahahah

Ya tak ya jugak... Najid pencuri wei. Najid PENCURI.. woi pencuri..! kah kah kah

Lah, maha perompak tu yang bagi kenyataan.. betul lah, dunia dah tunggang terbalik..

cukup senang!!! paling mudah..bila orang fitnah kita curi duit..saman lah tapi najib ni maha baik sampai orang tuduh dia curi duit pun tak saman..kenapa ah?..nak kata baik sangat tak juga.nak kata muka tebal macam muka babi tak juga..apa yang dia takut?..ni mesti pencuri sebab pencuri kalau orang curi barangan yang dia curi ,mampuih tak berani report polis

Kenyataan yang tak perlu di sanggah...

Kenyataan yang tak perlu di sanggah...

Mahakutty malaun ni pakai law of orders mana.. fitnah org tu..lps tu xsaman kita automatik bersalah.. waaoowww.. senang le kej hakim.. goyang kaki makan gaji buta kot..


erkk tuduhan ESJ madeykutty balun 100 billion spjng 22 tahun tu apesal dia tak saman WSJ?

mamak tua ni mmg sah2 nyayok! nyayok2 pn ada org jilat!

gila ka apa.. pakai undang2 pariah mana plk.. kalo org tuduh tk saman automatik org tu salah?

mmg puak2 ni dajjal sgguh. suka fitnah.pstu main saman2.

saman bkn blh selesai mslh. amik masa pnjng. lps tu habis duit. tutun naik court lg. buat keje bodoh lyg org2 gila!

Pasal curi mencuri ni dgn saman menyaman ni kita letak jauh nun disana...tapi kadang2 dasar kerajaan kebelakangan ni bnyak membebankan rakyat tp x taulah mungkin ramai rakyat malaysia yg senang dari yg susah kat negara kita ni...sbb tulah tahap kebisingan tu tak kedengaran....harapan rakyat marhain ni...jgnlah didesak lg kami yg betul2 sudah terdesak ni

alo alo alo samy apa bikin


EmoticonEmoticon