Kejatuhan nilai ringgit berpunca dari spekulasi luar kata Najib

PERDANA Menteri, Dato Seri Najib Razak cuba menafikan bahawa dirinya adalah punca kepada kejatuhan matawang Ringgit Malaysia, RM. Kata Najib kejatuhan nilai ringgit berpunca dari spekulasi luar.

Kenyataan Najib itu turut dilaporkan oleh Buletin Utama, TV3 media pengampu nombor satu Barisan Nasional, BN semalam (8 Disember 2016). 


Dalam masa yang sama, pakar ekonomi yang dihormati, Prof Jomo Kwame Sundram berkata punca utama kejatuhan matawang RM ialah kerana kurangnya keyakinan terhadap Kerajaan Malaysia akibat skandal 1MDB — Malaysiakini.



Antara kenyataan Najib dan pakar ekonomi, kita nak percaya siapa? 

Kenapa kenyataan dari dua orang ini boleh jadi sangat jauh berbeza?

Jawapannya mudah, pertama Prof Jomo adalah pakar ekonomi, maknanya kenyataan beliau berdasarkan ilmu dan prinsip ekonomi yang dimilikinya. 

Manakala Najib pula seorang perdana menteri dan juga seorang ahli politik, maka ucapannya adalah kenyataan politik untuk menarik sokongan semata-mata, ditambah dengan keadaan pilihanraya umum ke 14 akan berlangsung tak lama lagi.

Kedua, jelas sekali pakar ekonomi Prof Jomo, secara tak langsung mengesahkan bahawa diri Najib itu sendiri adalah punca kepada kejatuhan matawang.

Ini kerana skandal 1MDB yang dilaporkan seluruh dunia melibatkan Najib sebagai MO1 dan anak tirinya Riza Aziz. 

Dalam bahasa mudahnya takkanlah Najib nak mengaku dirinya sebagai punca kejatuhan nilai ringgit.

"Siapa yang nak mengaku berak tepi jalan..."

4 Comments

  1. Berak tepi jalan tak apa lagi ..ni berak tengah tengah jalan

    ReplyDelete
  2. Bukan saja kurangnya keyakinan terhadap 1MDB , tetapi juga keatas pelaburan 148 billion ringgit yang dimetrai bersama China .

    Najib serta kuncu kuncu nya bilang pelaburan tetapi kurang jelas ... yang terang dan nyata sedikit hanyalah ECRL bernilai 55 billion . Di teliti lagi ECRL bukannya pelaburan , sebaliknya adalah pinjaman .

    Kalau dengar cerita menteri baral Doremon Dahalan , kita pun jadi baral di buatnya !!

    ReplyDelete
  3. Nama pun spekulasi.Tapi ia bukan kelintong kosong punya.Erti nya ia mesti disokong dgn fakta2 yg jelas.Misalnya, kalau nak 'menjatuhkan', mesti ada cerita negatif, cerita kotor & busuk dll yg sama dgnnya.Begitu juga kalau nak 'menaikkan' perlu ada cerita baik, best dll ,barulah ramai org boleh percaya dan barulah spekulasi itu menguntungkan pihak yg merekanya.Pendapat Prof Jomo tepat sekali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan