Lelaki dakwa simpan rahsia Najib tentang pembunuhan Altantuya

SEORANG lelaki yang mengaku sebagai kawan kepada anak Sirul Azhar, bekas komando Polis yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu mendakwa ada menyimpan rahsia Najib berhubung kes pembunuhan model Monggolia itu.


Menulis dalam salah satu kiriman di facebook Malaysiakini, Fakhrulradzi Radzi Fakhrul mengingatkan tentang status anak Sirul sebelum ini yang ingin memberitahu siapa arahkan untuk membunuh Altantuya. Namun status itu telah dipadam.

Dia mendakwa mengetahui tentang rahsia tersebut,

"Rahsia kau ada kepada saya wahai Najib," tulisnya.


Fakhrulradzi turut mendakwa kononnya dia telah diberitahu tentang kejadian sebenar pembunuhan Altantuya oleh anak Sirul yang merupakan kawannya, malah mencabar Malaysiakini untuk membuat sidang media supaya dia dapat mendedahkan rahsia itu.




Sirul anggota Polis yang disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh Altantuya kini dilaporkan berada di Australia — melarikan diri daripada dihukum mati.

Pada aku sesiapa pun boleh mengaku macam ni, mungkin sebab nak cari populariti, atau nak cetuskan kontroversi. Jadi setakat tulisan di facebook oleh seorang budak yang entah dari mana asalnya ini tak membuktikan apa-apa.

Apa pun aku rasa Malaysiakini mungkin sudah menghubungi budak ni untuk mendapatkan maklumat.

Jadi marilah kita sediakan pop corn, dan air coke, tayangan filem menarik dan gempak nampaknya dah nak mula ditayangkan dalam dua atau tiga hari lagi.

Sumber — FB Malaysiakini 

5 Comments

  1. cari publisiti murahan.

    ReplyDelete
  2. percaya sangat fitnah akhbar tajaan yahudi..kalau nak jatuh orang bukan cara haram dan dosa..pru14 pilih lah calon2 kau yang kuat fitnah bohong reka2 cerita macam2 lagi perangai yahudinya..

    ReplyDelete
  3. kalau stakat cakap-cakap kosong cam tu....tak membukti apa-apa....

    ReplyDelete
  4. Salam bro Milo Suam!,

    Boleh tolong viral apa yang sedang berlaku di dalam Celcom? Risau juga apabila pengurusan bertukar tangan.


    Terima kasih!

    https://telcogila.wordpress.com/2016/11/22/celcom-bergolak/

    https://telcogila.wordpress.com/2016/12/02/patut-kah-ceo-celcom-bukan-melayu/

    ReplyDelete
  5. Bukan nak publisiti. Nak dedak kot. Klu betul ada maklumat share dgn org yg boleh dipercayai. Tak semestinya ustaz atau ulama

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan