Melayu jadi minoriti jika DAP tadbir negara kata pemimpin Umno

SALAH seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, Melayu jadi minoriti jika DAP tadbir Malaysia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan kenyataan tersebut tersebar di media sosial.


Sejak Najib mula tiupkan semboyan perkauman dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, pemimpin Umno jadi terdesak nak takutkan Melayu dengan DAP sampai terlepas kenyataan-kenyataan merapu.

Aku jadi hairan di manakah rasionalnya bangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara boleh tiba-tiba jadi minoriti jika DAP tadbir negara? 

Adakah DAP akan halau semua orang Melayu yang menjadi penduduk majoriti Malaysia? Atau orang Melayu tiba-tiba lenyap ditiup angin?

Datuk ni faham ke tidak apa maksud majoriti dan minoriti?

Lagipun, bagaimana DAP nak tadbir negara sedangkan parti itu hanya bertanding paling banyak 50 kerusi parlimen berbanding 222 kerusi parlimen yang ada. Itupun belum tentu DAP menang kesemua kerusi tersebut.

Adakah pemimpin Umno terlalu bebal nak faham bahawa menang 50 daripada 222 kerusi parlimen tidak mungkin DAP boleh mentadbir negara?

Kalau pemimpin tertinggi Umno pun boleh keluarkan kenyataan merapu tahap bebal begini, cuba bayangkan bagaimana pula otak para pengampu mereka berfungsi?

2 Comments

  1. Assalamualaikum... Itu pandangan peribadi... Perlu juga kita fikirkan nasib Melayu secara mendalam, ke mana survival bangsa Melayu dan kedudukan Melayu suatu ketika nanti... Ibarat Tun M btau.. MELAYU MUDAH LUPA... Mcm2 pkra yg boleh dibuat bila dah berkuasa... Yang HARAM blh DIHALALKAN... Yg TAK BOLEH, DIBOLEHKAN... Kita sbg Melayu, kita fikirkan bersama atas nama solidariti Melayu, anak cucu kita... Bkn atas nama orang yg berkepentingan politik dan peribadi... Itu tidak membantu mrnyelamatkan kita ORANG MELAYU.. Biarlah berpolitik ATAS kepentingan BANGSA MELAYU... Bkn hanya menjadi Melayu tetapi tidak tahu MENGAPA JADI MELAYU...Kerana adanya MELAYU maka lahir dan wujudnya UMNO... Bukan UMNO yang mewujudkan orang Melayu....

    ReplyDelete
  2. dap menang melayu jadi minority.

    kira2nya dihari dap menang, esoknya melayu ramai yg mati.. mati sakit jantung dan sebahagiannya lari ke luar Negara. begitu kot maksudnya.

    nk pikir bersama utk membela melayu? siapa yg kena pikir kan tu?

    sepatutnya bila nama parti melayu, agenda melayu bukan perlu diseru2 lagi.. sudah menjadi pegangan sebaik saja mendaftar dalam parti melayu.

    bg yg bukan pemimpin, tugas besar ialah turunkan pemimpin yg berkepentingan peribadi. kalau ini tk sanggup jgn cakap lah pasal kepentingan melayu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan