Monday

Najib beli seutas jam tangan lebih EUR700,000 kata Mukhriz


DALAM satu rakaman video, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa Najib Razak telah membeli seutas jam tangan mewah jenama Grisogono berharga EUR750,000 (RM3.3 juta).


Menurut Mukhriz, sebelum perkara itu didedahkan oleh sumber berita berpengaruh Wall Street Journal (WSJ), beliau sendiri lebih awal telah menyebut perkara itu dalam ceramah Deklarasi Rakyat yang diadakan di Changlun, Kedah.


"Saya dah dedahkan perkara ini sewaktu kita buat ceramah Deklarasi Rakyat, di Changlun baru ni di mana saya sebut mengenai belanja yang begitu banyak, (Najib) membeli satu jam Grisogono, itu jenama dia ratusan ribu Euro, dan memang terkeluar dalam Wall Street Journal, dia kata (lapor) benda yang sama, disebut pula harganya 700 lebih ribu Euro," katanya.

Mukhriz turut mendakwa jika pembelian jam mewah itu menggunakan kad kredit milik Najib bermakna itu adalah wang dari SRC International (anak syarikat 1MDB), dan ia adalah duit berasal dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Kalau digunakan kad kredit seperti mana disebut dalam laporan WSJ ini, maksudnya kad kredit Dato Seri Najib ini di bawah SRC International, jadi itu duit KWAP, duit kumpulan Wang Amanah Pencen, digunakan untuk belanja peribadi," katanya lagi.

"SRC (SRC International) asalnya dulu (anak syarikat) 1MDB kemudian 1MDB serahkan kepada Kementerian Kewangan, dan dari situlah diambil pinjaman daripada Wang Amanah Pencen, KWAP RM4 billion tapi dijamin oleh kerajaan," jelasnya.

Berikut kenyataan penuh Mukhriz, sila klik video untuk menonton

5 comments

Kalau betul la..mmg penyamun ni joli sakan lah dgn duit hasil samunannya.

Setuju dengan anda jika dakwaan Mukhriz itu adalah betul, tetapi jika apa yang diperkatakan Mukhriz itu satu penipuan, pahlawan bugis tu patut segera kemukakan saman fitnah. Ada beranikah pahlawan bugis tu menyaman Mukhriz???

Si najis setan ni mmg dh x ada hati perut..membelanjakan duit rakyat mcm x ingat akhirat..ingatlah dosa pahala anak haram woii

Para penganut um no mana nak percaya pada cakap orang lain selain Perompak Malaysia sinajib!! Apa yang dikatakan oleh sinajib, semuanya benar bukan dusta!! Sedangkan MANIFESTO BN sinajib hingga sekarang masih gagal nak tunaikanya!! Inilah hakikatnya para penganut um no telah dirasuk oleh hantu belaan semah badak!!

Penyokong umno bangga dgn pemimpin mrk yg hidup bergaya. Biar kita hidup merana asalkan PM kita bergaya....


EmoticonEmoticon