Ringgit jatuh, harga santan kelapa naik hingga RM11 sekilogram mulai esok

TERSEBAR di facebook, banner (kain rentang) makluman bahawa mulai 12 Disember 2016 (esok), santan kelapa di Daerah Rembau akan dijual pada harga RM11 sekilogram (RM11/kg). Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna.


Difahamkan pihak peniaga santan turut menerima maki hamun dan dituduh cekik darah oleh orang ramai berhubung mekluman kenaikan harga santan tersebut. 

Salah seorang peniaga tampil menjelaskan punca kenaikan harga santan kelapa yang membebankan pengguna itu didakwa ada kaitan dengan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia.


Menurut Nor Sya, bekalan kelapa tempatan tidak mencukupi untuk menampung perniagaannya yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 tan kelapa seminggu. 

Justeru dia terpaksa 'import' buah kelapa dari Indonesia.

Kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia, RM memburukkan keadaan apabila dia terpaksa bersaing dan membeli kelapa dengan harga yang mahal berikutan peningkatan permintaan kelapa dari Thailand.

Dakwanya lagi, nilai matawang Thailand kini lebih tinggi berbanding dengan nilai RM.


Menurut Pakar ekonomi yang sangat dihormati, Prof Jomo Kwame Sundaram sebelum ini dilaporkan mendakwa hilangnya keyakinan terhadap kerajaan Malaysia, berhubung pendedahan skandal 1MDB menjadi punca utama kejatuhan nilai matawang RM.

Kwame mendakwa krisis keyakinan tersebut sangat serius dan mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap Malaysia. — Malaysiakini

Dari sini kita dapat lihat bagaimana skandal 1MDB yang heboh jadi tajuk berita utama seluruh dunia melibatkan dana berpuluh billion ringgit mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan rakyat.

Jangan sangka 1MDB tiada kaitan dengan anda, kalau harga santan yang naik melonjak pun ada kaitan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan kejatuhan matawang, apalagi barang-barang yang lain.

Jadi kepada pakcik dan makcik, harga santan naik janganlah salahkan peniaga santan, tapi marahlah kepada pemimpin kleptokrat (pemimpin perompak) yang lakukan skandal 1MDB. 

8 Comments

  1. Kulit klapo jo dah brapo tan....tak campur hampeh layei. Santan nyo ciput je. Badak tak kuruih2 jugo. Pangkoh la Bien layei tahun dopan.

    ReplyDelete
  2. Beginilah

    I us = 4.48 rm

    1 us = 35.6 baht

    8 bhat = rm1

    Dulu

    13 bhat = rm1

    Cilaka najis mongol... Nak bunuh mongol pun jgn bunuh org rembau skali

    ReplyDelete
  3. Selagi Najib dengan montori montori yang bodoh bangang tak di bungkus , selagi itu dio 1 Malaysia Dio Bangsatkan !

    ReplyDelete
  4. Padan muko ekau.
    Undi laie 1mdb ngan parti walaon.
    Ekau ghaso la padahe....

    "MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"

    ReplyDelete
  5. Nasik lomak naik hago lepaeh nih...
    Cilako boto mo1

    ReplyDelete
  6. Jgn bergaduh sesama kita yg bersalah umno tapi nak buat macam mana org melayu suka ditipu berkali2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buktinya PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar baru2 ni UMNO masih jadi pilihan org Melayu. Kenapa? Mentaliti org Melayu yg tak ubah2.

      Delete
  7. cilako jibby..haramjadah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan