JKR larang kakitangan komen negatif tentang kerajaan di media sosial

LAMAN Sesawang rasmi Jabatan Kerja Raya, JKR menyiarkan satu pemberitahuan melarang kakitangannya membuat sebarang komen negatif tentang kerajaan di media sosial.

"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara berkaitan," tulis laman itu.

Kakitangan JKR yang ingkar juga bakal berdepan dengan siasatan dan tindakan mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Jadi selepas ini jika anda merupakan kakitangan JKR faham-faham sajalah. Jangan kutuk Najib lagi macam selalu.

Biarlah berapa banyak pun cukai GST nak dinaikkan, berapa melambungnya harga barang, berapa banyak peruntukan nak dipotong atau berapa banyak pun duit negara kena sapu, anda kena puji Najib banyak-banyak.

Kalau tak tahu cara nak puji Najib boleh pergi ke halaman facebook dia, di situ anda akan lihat banyak akaun-akaun fake yang menulis #RespectMyPM berulang-ulang macam orang gila dalam setiap kiriman di facebook Najib Razak.

Anda pun bolehlah menyertai mereka, pastikan setiap kali buka facebook jangan lupa tulis hashtag #RespectMyPM banyak-banyak dan berulang-ulang terutama ketika di tempat kerja. 

Akhir kata aku ucapkan selamat menjadi lembu.

5 Comments

  1. Saya rasa jkr cuma nak protect pekerja2nya. MCMC dah terlebih efficient mengawasi komen2 di laman sesawang.

    ReplyDelete
  2. Ktangan JKR tetap bebas utk memileh pemimpin masa depan.....tidak mengapa kebebasan anda disekat masa kini.....kita ubah masa depan bersama PH.

    ReplyDelete
  3. Patutpun kes 1MDB disenyapkan. Rupanya ada arahan supaya dikunci mulut.

    Kalau mcm ni sampai bila pun penyamun tak jumpa.

    ReplyDelete
  4. Rakyat dijadikan mcm kanak2 dilarang cakap itu dan ini. Patutla rakyat bila naik pentas beri ucapan mcm tak reti berkata2. Memalukan saja

    ReplyDelete
  5. Yang paling menyayat hati bila kita selalu buat tuduhan pada orang lain yang kadang-kala kita tak tahu pun asal usul cerita. Ada kalanya kita hanya dengar dari sebelah pihak, dan kita terus buat tuduhan atau pun kita lihat pada mata kasar dan terus membuat andaian sendiri tanpa usul periksa. " ooooo dia ni jahat, dia tu baik,kau layak jadi macam ni,kau tak sepatutnya macam tu dan macam2 lagi tuduhan2 yang tak berasas ... Siapa kita nak label seseorang macam tu ???? Siapa la kita ni. sama macam manusia lain. buat dosa jugak, bukannya bijak sangat nak label-label orang, ALLAH SWT saja yang tau dan hanya DIA saja yang layak nak melebel hamba2Nya. Jadi tak timbul perkara nak aibkan sesiapa. Ada jugak pihak yang menghentam, tak termasuk jugak pihak yang mendoakan keburukan seseorang. sangat tersentuh bila ada yang sanggup menuduh melakukan perbuatan yang dilarang agama. bila terfikirkan perasaan hati orang2 yang menjadi mangsa tuduhan ini bagaimanakah perasaan kita apabila kita ditempat mereka??. situasi kita mungin tak sama dengan dia, jadi jangan menghentam membuta tuli. Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak hikmah di sebaliknya. bagi sesipa yang ada mind positive lebih pasrah dengan kehendak Tuhan, dan bagi sesiapa yang ada mind negative, cuba kita bawak sabaq sikit. Dalam apa-apa hal pohonlah keredhaan ALLAH dan perlindunganNYA supaya kita tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang sesuka dan sesedap rasa. Ingat la wahai teman,jangan suka menuduh sebarangan jika anda tidak mengetahui perkara yang benar.... P/S : Dunia akhir zaman yang dipenuhi dgn pelbagai fitnah....nauzubillahi min zaalik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan