Wednesday

Makcik 'busuk hati' kantoi racun pokok bunga jiran (video)


PATUTLAH pokok bunga yang ditanam dalam pasu depan rumah dikatakan asyik mati sejak 5 tahun lepas. Rupanya-rupanya ada makcik jiran sebelah yang busuk hati kantoi sanggup datang terbongkok-bongkok tuang racun dalam pasu bunga.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Cempakasari Klang. Video rakaman CCTV makcik 'busuk hati' itu tersebar dan menular (viral) di media sosial.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh tuan punya pokok bunga, merangkap pihak yang dianiaya oleh makcik busuk hati tu, dia mendapati kebanyakan pokok bunga yang ditanamnya telah mati seperti diracun.


Sewaktu pemeriksaan CCTV pada tarikh 16 Januari 2017 yang lalu, sekitar jam 5 petang, dia melihat seorang perempuan yang dikenali sebagai jirannya bernama Ina telah menghampiri pokok bunga miliknya dan kelihatan seperti menyiram sesuatu.

Berikut video CCTV yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton.

6 comments

Mcm umno la.makcik ni.. keja nak racun bunga org je

MAKCIK NU JIWA KACAU LA TU......

kalau memang jenis busuk hati cam gitulah, tak faham apa sebenarnya yang ada dalam fikiran diorang sampai sanggup bersusah payah begitu. Meluat sangat tengok manusia jenis ni. Tapi memang begitu sikap manusia- malas nak berusaha tapi bila orang lain berjaya hasad dengki diorang meluap-luap sampai berfikir dan bertindak tahap binatang. Tapi bila diorang ditimpa kesusahan bangsa jenis ni lah yang menyembah-nyembah minta tolong balik kat orang yang di 'hasad dengki' tu. Nampak tak hukum karma Allah datangkan dengan segera tanpa kita sedari.
Cuba lihat keliling kita betapa pembalasan yang Allah datangkan begitu cepat, (maaf kalau terkeluar tajuk sedikit) kita tengok Lim Kit Siang (DAP) mula nak tunjuk baik kat Hj Hadi (PAS) skandal BMF sudah mula orang 'buka fail' ( kita tengok apa pula nasib yang menunggu Tun Mahathir) PAN kenapa terkedu takde suara pulak akhir-akhir ni ? kata dulu PAN ada memiliki ahli sehingga 70,000 orang (betul ke ?) apakah PAN akan jadi bahan buangan sebab tak layak untuk disimpan dalam Arkib mahupun Muzium

Ini bukan Manusia ni Nenek Kebayan.tak pernah pergi Klass Ugama.maklumlah duduk dalam hutan dulu dulu

Apa jenis orang ko ni? CIA ko percaya tp siatan Amerika, Swiss, Singapore dan byk negara lain ttg 1mdb tak percaya pula....haish.

kalau dah tertutup hati dengan kebenaran benda yang nyata depan mata pun tak boleh terima. PAN makin terkedu semua orang tahu dah macam monyet terendam kah kah kah


EmoticonEmoticon