Monday

Pelajar terpaksa bertarung nyawa melintas sungai untuk ke sekolah


KASIHAN, dua orang pelajar ini terpaksa bertarung nyawa melintas sungai melalui sisa kabel jambatan gantung untuk ke sekolah dan aksi itu menular (viral) di laman sosial.



Gambar kejadian itu dikatakan diambil di Kampung Dundau menuju ke Kampung Pirasan yang terletak di Daerah Kota Belud Sabah

Dua pelajar lelaki yang lengkap memakai pakaian seragam sekolah sambil masing-masing menggendong beg itu dikatakan terpaksa melintas sungai tersebut bagi meneruskan perjalanan ke sekolah.



Orang ramai melahirkan rasa kecewa dan marah melihat kejadian tersebut. Ramai mempersoalkan ke manakah hilangnya wakil rakyat di kawasan tersebut?

Oleh kerana ramai yang bertanya, siapakah wakil rakyat kawasan tersebut yang tidur sambil makan gaji buta dan tak buat kerja, maka aku membuat sedikit carian tentang kawasan tersebut.

Hasil semakan aku, Ahli Parlimen Kota Belud ialah wakil rakyat Barisan Nasional, YB Dato' Hj Abd Rahman Dahlan yang juga merangkap Pengarah Strategi Barisan Nasional.

Manakala dua DUN di bawah parlimen Kota Belud diwakili oleh, YB Datuk Musbah Haji Ramli — ADUN Tempasuk dan YB Datuk Japlin Akim — ADUN Usukan kedua-duanya adalah wakil rakyat Barisan Nasional, BN. 

Satu lagi DUN di bawah parlimen Kota Belud ialah wakil rakyat bebas, YB Jeremmy Ukoh Malajad — ADUN Kadamaian.

Hasil semakan aku mendapati Kampung Pirasan tempat berlakunya kejadian ini terletak di bawah DUN Tempasuk kerana kedudukannya sangat dekat dengan SK Tampasuk. Iaitu hanya dalam lingkungan 2km.


Maknanya ia terletak di bawah DUN Tempasuk yang mana wakil rakyatnya adalah Datuk Musbah Haji Ramli, dari Barisan Nasional. 

Dalam kata lain wakil rakyat kedua-dua Parlimen Kota Belud dan DUN Tempasuk adalah dari BN. 

Aku tak tahu apa kerja kedua-dua wakil rakyat ini, takkanlah jambatan cuma tinggal kabel macam ni pun tak nampak, kalau betul tak nampak, maknanya mereka memang tak pernah balik kawasan.

Mungkin kena tunggu budak sekolah mati terjatuh sewaktu pergi atau balik sekolah barulah mereka akan sedar tentang keadaan jambatan gantung yang rosak ini.

Sumber — Kita Orang Sabahan

3 comments

Bagus!...tolong ingat-menggingat kepada wakil rakyat di situ...tolong ambil berat masalah dan kesulitan rakyat....jgn duk dikerusi empok sahaja, pergi turun padang...kesiani rakyat yang susah dan perlu bantuan!

Nilah wakil rakyat teda guna..projek besar - besar mrk no1

Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

Şirket uzmanlığı.
1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.


EmoticonEmoticon