Terputus hubungan, isteri guru rayu suaminya diberi kemudahan asas

KALAU pun permohonan untuk bertugas di semenanjung tidak boleh diluluskan, sediakanlah kemudahan asas untuk suami, pinta isteri salah seorang guru yang bertugas di pedalaman Sabah yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Rintihan itu diluahkan oleh Eisyira Rahim, melalui laman facebook selepas mendapat izin suaminya. Mereka terpaksa berjauhan sementara si suami mengharungi cabaran berat bertugas sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sibangali, di Nabawan Sabah.


Sekolah yang terletak di dalam hutan, tiada coverage (liputan) telefon bimbit, malah telefon tetap sekolah juga sudah tidak berfungsi.

Capaian internet berkelajuan rendah sebelum ini dijadikan medium komunikasi bagi melepaskan rindu suami isteri juga sudah rosak, sampai sekarang tidak diperbaiki sejak hujung tahun lalu.

Bayangkanlah, perjalanan ke SK Sibangali dari Kota Kinabalu Sabah, memakan masa selama 9 jam. Empat jam perjalanan dari Kota Kinabalu ke PPD Nabawan, 3 jam perjalanan pacuan 4 roda merentasi hutan, dan 2 jam perjalanan menaiki bot.

Justeru sistem komunikasi sangat penting untuk menghubungkan para guru dengan dunia luar. Terutama antara pasangan suami isteri. Perkara ini jelas sekali mendera mental dan emosi mereka.

Lebih menyedihkan, bekalan elektrik sekolah berkenaan yang menggunakan tenaga solar juga sudah tidak berfungsi sejak bulan Mac tahun lalu.

Guru-guru terpaksa berkongsi duit membeli 'gen set' untuk diwakafkan bagi kegunaan sekolah dan penduduk kampung sekeliling. Namun kini 'gen set' tersebut pun sudah tidak lagi berfungsi.


Hari ini, di tahun 2017 segala kemudahan asas elektrik, solar, internet semuanya sudah tiada lagi, malah mereka terpaksa menadah hujan atau turun ke sungai untuk mendapatkan air, akibat bekalan paip air pun sudah dipotong.

Perkara ini sudah dibangkitkan kepada pihak atasan, namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan — TIADA PERUNTUKAN.

Sumber — Eisyira Rahim

Cukai GST hari-hari dikutip, hari-hari menjadi beban kepada rakyat, namun bila guru minta kemudahan asas jawapan yang diberikan tiada peruntukan?

Sepatutnya makin ada cukai baru GST hidup rakyat makin terbela, guru-guru di pedalaman Sabah boleh 'upgrade' dari internet kelajuan rendah kepada berkelajuan tinggi untuk berhubung suami isteri melepas rindu.

Tapi nampaknya makin ada cukai makin sengsara kehidupan guru-guru di sana. Mana pergi berbillion-billion hasil kutipan GST?

6 Comments

  1. Duit juta2 jumpa dlm pejabat utk apa tu?
    Duit GST billion2 kutip dr rakyat tiap bln utk apa tu?

    ReplyDelete
  2. MS and like-minded readers,

    Of all the Great Lakes in North America (largest body of fresh water in the world!), you can take one of the smallest and its still larger in square kilometer in land mass size compared to the Whole of Malaysia combined.

    The land mass total of USA & Canada would be larger than the whole of Russia yet Canada is second while USA (9,900 km/sq & 9,800 km/sq respectively) third in land mass size behind Russia (17,000 km/sq).

    Now coming back to USA & Canada alone ie.North America continent (albeit it includes include Mexico), total populations are multiple times more than Malaysia that is some 350 million people!

    So, you ask me what I'm getting at? Well, whatever the excuses such as differences in terrains, geographical layout etc etc in Malaysia, with its vision to be a 'DEVELOPED HIGH INCOME' country by 2020 (which is a mere 3 years away), is just plain ridiculous!

    Some part of harsh northern Canada can be access only via overland and thousands of lakes and accessible to replenish supplies only during winter when the cold freezing conditions comes in and the lakes frozen which by then enables trucks to be running over it when the ice is strong enough to take the load! Yet, the remote community has enough supplies and gets its fair share of educations and other services!

    What's the lesson here from this article and 'SAD' open fire lightings (which is extremely health and safety HAZARD...that MALAYSIA in 2017 still existed such appalling conditions thrown in excuses with excuses 'tak ada peruntukan'??? WTF?

    You can understand the teachers screaming but think about the students too that will turn out to be future generations living and learning in such dilapidated condition? Ini AFRICA ke apa? Even in Africa things are getting way better!

    Boleh sengat 2.6 Billion, 42 Million, tuh yang KELIHATAN, apa lagi yang songlap HALIMUNAN? Tapi negara dan rakyat terus diperbodohkan!

    Just my share of thoughts from North America.

    MLN

    PS. May things get done/improved for those Teachers and Kids.

    ReplyDelete
  3. Kepala butoh la menteri2 kat Sabah tu. Semua membesarkan tembolok sendiri je.

    Semua dah di'najip'kan

    ReplyDelete
  4. Mesian di tipu dek lanun2 pendedak hari2....

    Pegawai atasan songlap rm millions bole jjumpo... mentori n Perdana montori songlap rmbillions nape tak jjumpo?

    ReplyDelete
  5. Kepala bapak dia tiada peruntukan?! Haram jadah punya para pegawai kerajaan yang tak buat kerja. Buat malu jek...

    ReplyDelete
  6. Ubah lah...jatuhkan amno bn sabah akan lebih maju

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan