Thursday

TMJ dedah dokumen bukti Annuar Musa salahguna duit Mara dan UniKL


TUNKU Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan dokumen bukti-bukti bahawa Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat, MARA dan juga UniKL untuk menaja pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW).


Beberapa dokumen berhubung dakwaan itu turut disiarkan di halaman facebook yang menjadi suara rasmi TMJ, Johor Southern Tigers.


TMJ membidas tindakan Tan Sri Annuar Musa yang tergamak menggunakan duit rakyat daripada MARA untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik.

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara," dakwa TMJ seperti yang disiarkan di halaman facebook Johor Southern Tigers.

Dakwanya lagi, Universiti Kuala Lumpur, UniKL turut menjadi mangsa di mana meskipun universiti itu terpaksa mengurangkan biasiswa pelajarnya dari RM2 billion kepada RM1.3 billion pada tahun 2016, namun Annuar Musa telah menggunakan kuasanya bagi menaja pasukan TRW dalam tahun yang sama.


"Tidak cukup dengan Pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka untuk menaja pasukan TRW pada tahun itu," dakwanya lagi.

TMJ turut meminta penjelasan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut.

Sebelum itu dalam kenyataan yang sama TMJ turut menyelar ahli-ahli politik yang menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk melonjakan kembali prestasi mereka yang sedang merudum.

Dalam artikel sebelum ini, TMJ ada mendedahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan banyak wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk kemewahan diri sendiri, iaitu dengan membeli sebuah kereta mewah Porsche Panamera


Sampai sekarang Tan Sri Annuar Musa masih membisu mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh TMJ itu terhadap beliau.


12 comments

Jom bersama Tone Excel untuk ubah taraf kewangan anda.

Kalau nak ubah income anda kepada 10 kali ganda daripada apa yang anda dapat sekarang, buatlah sesuatu yang mencabar diri anda.

Bukan buat benda yang sama aje.

Tepat sekali apa yang dikatakan:

If it doesn't challenge you, it doesn't change you.

Beranikan diri untuk berubah.

Mulakan dengan berubah kepada simkad yang boleh kayakan diri anda sendiri dulu.

Kalau tukar simkad pun tak berani, macam mana lautan api nak direnangi? :-D

Azam Ahmad
01132422070 (call/whatsapp)
sifuazam.com

the red warrior tu sykt rupanya. buat apa sponsor sykt tu. habis kafa buat apa?

university pun boleh taja pasukan bola.

kalau kemaruk sgt nak pasukan bola, pergi beli klab diengland tu.

“Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?” bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Senang aje dia cakap macam tu. Mana MACC? apasal senyap aje?

SPRM@SPERM mana korang ni tak nak SIASAT KE?Kalau LIM GUAN ENG buat keja gitu Konfirm pejabat dia dah kena GELEDAH.Yang buat Laporan KONfirm dah Kena TANGKAP.TAHNIAH UNTUK TMJ yang MEMBONGKAR JENAYAH ANNUAR MUSA.JAHANAM LA DUIT BEBUDAK UNIKL.

Hujah bodoh apa, kalau tak betul dakwaan TMJ, itu dah kira fitnah. Ada berani ke saman fitnah... cakap je berdegar. Hampeh punya spesis!

Kelantan Tak ‘Pau’ Duit Mara, UniKL -Jawab Annuar Musa
http://www.ekeleh.com/kelantan-tak-pau-duit-mara-unikl-jawab-annuar-musa/

mana boleh ada duit dari MARA atau agensi dibawah MARA sponsor team kelantan kerana Tan Sri Annuar ada kepentingan dgn team tue.

Apa jadi bagi pendrive pada KJ? KJ kata semua OK sebab jaga kroni, TSAM. Jaga KAFA, makan duit MARA. Macamana rasa player TRAW dapat gaji dari potongan duit yang sepatutnya diguna
anak-anak yang belajar di MARA/UNIKL? Ini salah satu asnaf zakat tau. Belum masuk makan harta anak yatim. Istigfar aku pada TSAM. Dah tak kira halal haram.

Ape polis buat,tido ke? Tangkap la anuar musa..mana sprm,kenapa sampai sekarang tiada apa tindkakan..bingai punya barua

Bagi penyamun pegang jawatan habisla jawabnya..

jangan pernah percaya dengan ahli politik tak kira berserban acah berbusana jubah kepala butuh semua mereka tu. Politik = Nafsu. So mereka layak digelar ahli ahli Nafsu

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...






EmoticonEmoticon