Adengan gay dalam filem Beauty and The Beast dipotong

SEDIKIT pemotongan dibuat dalam filem Beauty and The Beast melibatkan adengan gay bagi membolehkannya mendapat kelulusan untuk tayangan di Malaysia oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) lapor media tempatan.

Menurut Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, filem tersebut telah diluluskan dan diklasifikasikan sebagai P13, selepas melalui sedikit pemotongan. Ini bermakna pemantauan ibu bapa diperlukan untuk tontonan remaja di bawah umur 13 tahun.


Abdul Halim dilapor mengesahkan bahawa pemotongan kecil itu melibatkan adengan gay di dalam filem tersebut.

Tambahnya lagi, selepas pengumuman mengenai babak tersebut oleh pengarah filem, LPF terpaksa mengambil tindakan kerana ia melibatkan topik yang sensitif.

"Kami sudah meluluskan filem tersebut jadi tidak ada lagi isu berkaitan dengan LPF. Apabila sebuah filem menerima kelulusan yang bermakna sudah boleh ditayangkan. Namun tarikh penayangan dan di mana ia akan ditayangkan bukan lagi di bawah bidang kuasa LPF. Kami hanya melihat kandungan dan membuat keputusan sama ada filem itu boleh diluluskan ataupun tidak," katanya.

Tambah Abdul Halim lagi, urusan mengenai bila dan di mana filem tersebut akan ditayangkan terpulang kepada pengedar filem dan pawagam.

Filem yang telah mendapat tempahan oleh orang ramai itu sebelum ini dilaporkan terpaksa ditangguh penayangannya disebabkan "semakan dalaman".

Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas menawarkan pulangan balik wang kepada pelanggan yang telah membeli tiket Filem Beauty and The Beast berikutan pengumuman pelancaran filem tersebut yang ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang tidak diketahui.

Filem tersebut sebelum ini dijadualkan untuk tayangan perdananya di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 16 Mac 2017.

Filem Beauty and The Beast telah mengundang kontroversi baru-baru ini selepas pengarahnya, Bill Condon berkata bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad, menayangkan "detik-detik indah adengan gay secara ekslusif" dalam filem tersebut.

Dibintangi oleh Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and The Beast merupakan adaptasi daripada filem klasik animasi keluaran Disney, yang ditayangkan buat pertama kali dan menerima anugerah filem terbaik oskar pada tahun 1991.

3 Comments

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang pelik dengan Malaysia ni. Paranoid dengan perkara2 kat luar.. tapi yang kat dalam macam rasuah, salah guna kuasa, industri hiburan sendiri buat donno jer

    ReplyDelete
  3. ya, filem seperti ini perkara kecil tapi kerajaan suka mengheboh-hebohkan jadi masalah besar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan