Sunday

Raja Bomoh diburu Polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah


PIHAK berkuasa Agama Islam dan pihak polis dilaporkan kini sedang memburu Ibrahim Mat Zin, yang lebih dikenali sebagai "Raja Bomoh Sedunia" Kerana didakwa telah mencemarkan imej Islam.



Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam satu tweet, mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak polis kini sedang memburu Ibrahim sejak 13 Mac 2017 yang lalu.

"JAWI dan PDRM kini sedang berusaha keras untuk memburu bomoh tersebut sejak hari Isnin untuk ditangkap dan didakwa kerana mencemarkan imej Islam," tulisnya pada hari Ahad.

Bomoh kontroversi itu baru-baru ini menjadi topik hangat pelbagai sumber berita di dalam dan luar negara apabila muncul dalam satu rakaman video sedang menjalankan satu ritual kononnya untuk melindungi Malaysia daripada Korea Utara, ketika hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong Nam.

Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, (KLIA 2) Pada 13 Februari 2017.

Ibrahim muncul kali pertama sekaligus meraih populariti antarabangsa ketika menjalankan satu ritual serupa selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang pada 2014.

Pada 17 Mac 2017 mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengecam tindakan lelaki yang mengaku dirinya sebagai "Raja Bomoh Sedunia" kerana mengamalkan ritual yang diharamkan dalam Islam dan ia haruslah dihentikan.

Ibrahim juga turut dikecam oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sementara itu Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim telah mengumumkan bahawa negeri berkenaan telah mengeluarkan satu fatwa yang mengesahkan bahawa ritual Ibrahim sebagai haram.

10 comments

Sepatut nya semasa dia melaku ratual yang dianggap "KURAFAT" di KLIA dahulu dia sudah pun di kenakan tindakan. Ia nya tidak di laku kan kerana ada orang kuat UMNO di belakang nya. Kini dia semakin bermaharaja lela melaku kan perkara "KURAFAT". hARAP PEHAK BERWAJIB DAPAT MEMBERKAS SI TUA dan para pengikut nya agar perkara yang ini tidak terus di laku kan.
Jangan lupa bahawa kehilangan MH 370 masih gagal ti kesan sehingga kehari ini.

PASWAJAM kata itu dibenarkan selagi tidak ada nas yang kata ia haram .....tanya nuruddin dan jamihan

Jgn main dgn Raja Bomoh sedunia ni. Dia ada teropong ajaip. Blm pun polis dan org pejabat agama nak pi tangkap, dia dh tahu dah.
Sia2 saja..Wahdi woooiii.
Bulat2 ja pihak polis dan org agama kena main.
Silap2 br separuh jalan dh kena celepuk dgn kuasa ajaib Raja bomoh. Jgn main2.

awat tak pi belasah do no teram dan nek kayu
musuh umat Islam sedunia

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Dah tahu keputusannya. Tak dapat dikesan macam Ayah Pin. Bomoh le katakan.

Aku pun tak tau la.. dari zaman Mh370 lagi diburu.. sampai sekarang tiada tindakan..

Kenapa ya?

'Raja bomoh sadunia 'tak salah,niat dia baik nak pagar Malaysia,O.K lah tu, lapas pagar M'sia,hantar dia pagar Syria,pagar Palestin,pagar Rohingya,pagar Iraq,Afghanistan dan jangan lupa pagar Putrajaya sekali, supaya org dalam Putrajaya tak lari keluar lepas PRU 14,kan elok ,Malaysia pun akan dapat nama yg baik dimata dunia ..

Orang macam dia yg amat diperlukan oleh masyarakat.kerana dia punyai ilmu spiritual yg tinggi .tidal semua manusia ada ilmu ini. Syabas dato mat zin

Malunya rakyat malaysia sbb ada org mcm dia ni...huhuhuhu


EmoticonEmoticon