Utusan Malaysia hari ini mohon maaf kepada Lim Guan Eng

AKHBAR Utusan Malaysia hari ini dilapor telah diperintah untuk menerbitkan satu permohonan maaf kepada Lim Guan Eng terhadap satu laporan berita yang disiarkan olehnya bersifat 'putar belit' terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Laporan yang diterbitkan oleh Utusan pada tarikh 20 Ogos 2015, adalah berdasarkan saman fitnah oleh Lim terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.


Shaik Hussein telah memanggil Lim sebagai "korup" dalam tahun 2012. Shaik Hussein kemudiannya telah disaman oleh Lim, beliau telah memohon maaf kepada Lim di hadapan hakim menyebabkan Lim menarik balik tindakan undang-undang yang difailkan sebelum itu terhadapnya.

Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia yang melaporkan berita tersebut dengan tajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein" dilihat berniat jahat untuk memutar belitkan cerita dengan menghilangkan fakta bahawa penarikan saman tersebut adalah disebabkan oleh permohonan maaf.

Shaik Hussein kini merupakan ketua Umno bahagian Bagan.

Hari ini satu persetujuan penghakiman telah dicapai di antara Utusan Malaysia dan Lim di mahkamah tinggi berdasarkan tiga syarat yang saling dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Syarat-syarat tersebut adalah, satu permohonan maaf di depan Hakim, satu permohonan maaf yang akan disiarkan di halaman 2 Utusan Malaysia (Saiz permohonan maaf tersebut mestilah sama besar dengan laporan putar belit yang disiarkan sebelum ini) dalam masa 7 hari, dan sejumlah pampasan harus diberikan kepada Lim Guan Eng.

Eksekutif Perundangan Utusan Malaysia, Norzulaikah Ibrahim telah membacakan satu permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Abdullah pagi ini.

Permohonan maaf tersebut dibaca seperti berikut:

"Berhubung berita bertajuk 'Guan Eng Tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno negeri' yang disiarkan oleh akhbar ini pada 20 Ogos 2015 artikel tersebut sepatutnya dibawa dengan fakta bahawa:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menarik balik saman yang difailkan tiga tahun lalu terhadap bekas Ketua Pemuda Umno negeri Datuk Dr Shaik Hussein Mydin setelah Shaik Husin menarik balik tanpa sebarang syarat dan dengan penuh kerelaan hati dakwaan rasuah yang dibuat olehnya terhadap Lim Guan Eng pada 5 Oktober 2012.

Kami memohon maaf kepada YAB Lim Guan Eng atas kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan fakta di pihak kami dalam penyiaran berita asal tersebut".

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan untuk mendedahkan jumlah pampasan yang dipersetujui untuk dibayar kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian saman tersebut.

Berikutan persetujuan tersebut Lim dilapor telah menarik balik saman fitnah yang difailkannya sebelum ini terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan berita putar belit tersebut.

Lim juga turut menyaman Berita Harian (BH) di atas ketidaktepatan laporan dan berjaya mendapat pampasan wang sebanyak RM300,000. Portal BH turut menghilangkan fakta bahawa Shaik Hussein telah memohon maaf terhadap Lim.

6 Comments

  1. Tau takut Kena saman.editor nye Melayu agama Islam tapi perangai lebih Kafir dari orang KAPIR.sebabkan duit sanggup gadai maruah anayia orang.korang kena ingat Guan Eng pun Hamba Allah cuma dia bukan Islam jer.

    ReplyDelete
  2. Sebab itu jangan percaya bulat-bulat apa sahaja berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian serta akhbar yang seumpama dengannya.
    Kita mengetahui akhbar-akhbar utama ini kebanyakannya membuat fitnah dan mengikut propaganda UMNO/BN.
    Oleh itu, selidik dahulu sebelum mempercayai sesuatu berita daripada akhbar-akhbar ini.

    ReplyDelete
  3. tv3 bila lgi nak mintak maaf...haha..

    ReplyDelete
  4. Awas,syarikat jualan on line penipu,ada tawaran hadiah beratus ribu,guna artis lama buat promosi,tapi barang takada klass,jual harga mahap pulak tu ,brg murah di pasaran dia jual lebih 200-300% lebih mahal dari orang lain... BERHATI HATI.

    ReplyDelete
  5. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  6. Halo, saya Nyonya Christy Morris, pemberi pinjaman pribadi memberikan kesempatan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda dengan segera atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan komersial Anda? Apakah Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan finansial, yang memiliki utang macet atau butuh uang untuk membayar tagihan, kami memberikan pinjaman dengan bunga rendah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang dapat dipercaya dan diuntungkan dan akan bersedia menawarkan Anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (christymorrisloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan