Friday

Adam Rosly didakwa di mahkamah kerana beri kenyataan dan dokumen palsu


KETUA Pemuda PKR Amang, Datuk Adam Rosly dilapor didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan sedang dijalankan ke atas beliau.


Adam, 29 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya selepas kertas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya pada hari Jumaat di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.


Hakim Mahkamah Seksyen telah mengenakan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua kesalahan yang dituduh ke atasnya.

Adam didakwa telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut sekitar 10 Februari dan 22 Februari 2017. Pada 13 April yang lalu, Adam telah ditahan selepas hadir bagi membolehkan kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Adam pertama kali disiasat oleh SPRM pada 10 Februari 2017 selepas isu 'banglo Disneyland' miliknya dihebohkan kepada umum oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mempersoalkan bahagian mana Adam boleh memiliki rumah banglo itu di Ampang dalam usia muda.

Adam dilapor mendakwa segala kekayaan yang dimilikinya adalah melalui perniagaan dan warisan daripada keluarganya.

7 comments

MOGA SIAPA YANG MENGANIAYA KAU AKAN DILAKNAT

Dekat nak pilihanraya macam-macam skandal dan issue keluar..

saman pula jamal jamban tu.........

Ok..lah.bukan kes rasuah atau money laundering...spt Najib yg Pandi tk benar dakwa. Hanya kes beri keterangan...yg ikut Sprm adalah palsu

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





sapa pun engkau, adam rosly, lim guan eng, najib, ulama 90 juta, kalu rasuah dan salah guna kuasa, perlulah diambil tindakan. tiada kompromi. ludah ke najib balik semula ke muka sendiri jika kelakuan macam najib juga.

Masyallah... kalau tidak ade apa yang nak disorok kenapa beri kenyataan dan dokumen palsu.... berani kerana benar..


EmoticonEmoticon