Sunday

Jamal Jamban buka kaunter daftar Skim Peduli Sihat Selangor untuk ahli Umno


JAMAL Jamban yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, walaupun selalu tampil dengan isu-isu bangang menyerang kerajaan Negeri Selangor dan menunjukkan kebodohan dirinya, namun kali ini nampaknya dia menyedari kebaikan Skim Peduli Sihat yang disediakan oleh kerajaan negeri.


Baru-baru ini, dek kerana bimbang kalau-kalau penyokong Umno tidak dapat kemudahan Skim Peduli Sihat yang diwujudkan oleh MB Selangor, Dato' Seri Mohammad Azmin Ali, Jamal Jamban bertindak membuka kaunter pendaftaran sendiri untuk mendaftarkan ahli-ahli Umno di kawasannya.

Malah dia sendiri dikatakan sanggup turun padang mendaftarkan ahli-ahli Umno di Sungai Besar yang singgah ke kaunter tersebut. 


Skim Peduli Sihat, merupakan satu program kebajikan cetusan idea menteri besar sendiri, di mana ia memberikan rawatan percuma yang berkualiti di klinik-klinik swasta kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah.

Bagi rakyat Selangor yang memegang Kad Peduli Sihat, mereka boleh mendapatkan rawatan perubatan secara percuma sehingga RM50 bagi setiap kali rawatan di lebih 1,000 buah klinik swasta seluruh negeri Selangor dan Lembah Klang.

Maklumat lanjut tentang Skim Peduli Sihat sila rujuk link berikut — Skim Peduli Sihat Selangor.

Kepada Jamal Jamban, janganlah risau Skim Peduli Sihat yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato' Azmin Ali, tidak memilih bulu, tidak pilih kasih. 

Walaupun penyokong kamu adalah ahli Umno, selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pasti akan diberikan kad Peduli Sihat sekaligus membolehkan mereka untuk mendapatkan rawatan di mana-mana klinik swasta seluruh Negeri Selangor dan Lembah Klang.

Skim Peduli Sihat ini bukan macam Klinik 1Malaysia, harapkan namanya saja gah dengan 'signboard' besar 1Malaysia di atas bangunan klinik, tapi bila rakyat datang nak dapatkan rawatan doktor pun tak ada.

Skim Peduli Sihat memberi pilihan kepada rakyat Selangor untuk memilih mana-mana sahaja klinik swasta yang disukai oleh mereka untuk mendapatkan rawatan ketika perlu. Terdapat lebih 1,000 klinik untuk dipilih di seluruh Negeri Selangor dan Lembah Klang.

Sebiol-biol Jamal Jamban, dia pun tahu Skim Peduli Sihat ini satu program yang sangat bagus dan meringankan beban rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan secara percuma dan berkualiti. Sampaikan dia sendiri pun buka kaunter untuk daftarkan ahli Umno.

Jadi jika anda seorang rakyat Selangor yang layak jangan lupa memohon!

8 comments

Tahniah Jamal, go ahead....

Ada bau busuk taik la...
Mangkok mana pulak yg memerut ni.
Kau apa Jamal
Tiba2 aje bau pengit hidung.

Umno punya ni bolih ke rawat sakit otak,sakit jiwa,sakit gila jawatan,gila pangkat,gila dedak,sakit buabg tabiat nak mampos ,kalau bolih rawatlah si jamban ni cepat sabelum merebak....

Moga2 semua ahli umno akan kembali sihat dan balik kepangkal jalan semula lepas ni...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Dalam isu kesihatan rakyat, sama-sama kita hebahkan Skim Peduli Sihat untuk semua #DemiRakyat

Nak dekat PRU ni makin bergeliga otak Jamal. Dah nampak buat kerja untuk rakyat selangor.

Tahniah :)


EmoticonEmoticon