Bajet dipotong hospital kerajaan kini guna ubat kurang berkualiti

SUSULAN pemotongan bajet kerajaan pimpinan Najib Razak terhadap hospital dan klinik kerajaan, ubat-ubatan yang dulunya didapati berkesan, 70% hingga 80% daripadanya kini diganti dengan ubat yang berkualiti lebih rendah.

Perkara itu didedahkan dalam perbualan antara Timmy dengan salah seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan, terletak 45km dari Subang. Perbualan itu ada disiarkan di FMT.


Timmy yang menghantar ayahnya seorang pesakit kanser untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut, sempat berbual-bual dengan doktor yang bertugas di situ sementara menunggu rawatan dilakukan terhadap ayahnya.

Berikut perbualan yang dikongsikan oleh Timmy:

Ketika rawatan hampir habis (setelah doktor pakar meninggalkan bilik klinik), saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan dua doktor yang lain, seorang doktor lelaki dan wanita berbangsa Malaysia.

"Doktor terasa ke di sini ada 'budget cut'?" usik saya.

"Mana tak terasa, semua yang kerja kerajaan mesti terasa," jawab doktor lelaki tersebut.

"Contohnya?" tanya saya.

"Contoh mudah, kertas pun tak boleh guna sesuka hati. Kena jimat, peralatan di hospital tidak ditambah. 

'We have to live and do with what we have'.

Bajet lawatan pun kena potong. Ubat yang dulunya didapati berkesan 70 peratus hingga 80 peratus kini diganti dengan ubat yang kualiti rendah sedikit, yalah, tak boleh banding dengan hospital swasta..." Jawab doktor lelaki itu.

"Jadi apa yang doktor buat pihak atasan tahu tak?" tanya saya lagi.

"Mereka tahu tapi apa yang boleh dibuat sekarang kita terima saja. Mula-mula dulu memang rasa nak complain. Tapi biasalah Kita rakyat Malaysia kan! Mula-mula hangat Lepas tu kita terima sahaja.

'Now it is what it is and we can just try to manage as best as we could," jawab doktor wanita pula.

"Mengapa doktor tak pergi kerja di hospital swasta?" Saya bertanya lagi.

"Kami graduan biasiswa kerajaan. Kena bond 7 tahun. Tapi nak putus boleh saja, kena bayar RM100,000 atau RM200,000 kot. Ramai yang buat begitu," kata doktor lelaki itu.

"Saya sedang sambung belajar tak habis lagi," tambah doktor wanita itu sambil berkata beliau sedang mengaji di satu universiti di utara semenanjung.

Sebagai mengikut perkembangan politik yang tegar, maka terkeluarlah soalan ini daripada mulut saya yang gatal.

"Apakah yang perlu ditukar supaya situasi bajet ini akan dipulihkan?"

Dengan tangkas doktor lelaki itu terus menjawab,

"Pengurusan kerajaan. Mereka kena urus dengan lebih baik. Tak salah kalau nak berjimat. Tapi potong lah benda yang tak penting. Bajet hospital untuk orang-orang sakit itu sepatutnya tidak dipotong. Ada benda yang perlu di jimat, tetapi bukan ubat."

Sumber — FMT

"Semakin banyak kerajaan kutip cukai GST, semakin tiada duit,"

5 Comments

  1. Saya kerja kat Pulau Redang. Masa cuti awal bulan Mei tahun ni balik kampung tapi malangnya jatuh sakit selesema dan tekak rasa tak selesa. Tak kan nak pergi jumpa doktor kat klinik swasta yg kenakan bayaran lebih mahal. Rasa tak berbaloi. Lepas tu dpt idea pergi ke klinik 1 Malaysia yg berdekatan dgn rumah saya.

    Pendekkan cerita ubat yg diberikan hanyalah ubat selesema 5 biji. Ubat sakit tekak macam lozenges takde. Saya pun tak tanya kat doktor kenapa takde ubat sakit tekak. Paham-paham sajelah tak payah tanya pun dah tahu apa jawapannya. Nak tak nak saya terpaksa beli ubat sakit tekak kat farmasi. Bayangkan ubat asas spt ubat sakit tekak pun takde stok...tak tahu apa dah jadi kat kerajaan Najib ni. Najib bermati-matian mengatakan duit kutipan GST digunakan utk bina hospital, pendidikan, perubatan dan lain-lain tapi ubat asas spt ubat sakit tekak pun tak dapat diberikan kepada rakyat. Mana perginya duit kutipan GST berpuluh-puluh bilion?

    ReplyDelete
  2. Laknatullah punya perangai...Benda kpeentingan rakyat dipotong sana sini

    ReplyDelete
  3. Apa yang tiada di bumi Malaysia yang kaya ni..semua dibolot sejak bertahun tahun oleh ahli politik yang mabuk kuasa dan kebendaan.walau apa pun rakyat yang sengsara..ahli politik masih hidup mewah

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  5. Nikmatilah Bermain Game Balap Anjing (Racing Dog)
    Disiarkan Secara Live Internasional
    Mari Bergabung Dengan Kami Sekarang Juga
    Segera Kunjungi Website di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi , info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan