Monday

Cukai GST punca juadah Bazar Ramadan naik harga


CUKAI barangan dan perkhidmatan, (GST) dilaporkan menjadi punca kenaikan harga juadah di Bazar Ramadan. Ini susulan kenaikan harga barangan asas yang melambung sejak pelaksanaan GST di negara ini. Perkara itu diakui sendiri oleh peniaga Bazar Ramadan lapor Sinar Harian.


Rata-rata harga makanan dan minuman yang dijual di Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang dilaporkan melambung sekitar 50 sen sehingga RM2. Ada juga harga yang masih kekal seperti kuih-muih walau bagaimanapun saiznya dilihat kini lebih kecil.


Seorang peniaga yang ditemui, Zaharah Abdul Hamid dipetik sebagai berkata, tahun lalu semua jenis air di kedainya dijual pada harga RM3 sebungkus.

"Namun Kini saya terpaksa jual RM3.50 dan RM4 bagi air cendol selepas harga buah, santan, dan susu naik,"

Beliau mengakui sedar bahawa pelanggannya akan merasa terbeban dengan kenaikan itu namun terpaksa melakukannya.

"Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian," katanya yang menjual lebih 15 jenis air.


Selain itu harga murtabak ayam dan daging juga dilaporkan sudah meningkat sebanyak 50 sen di mana sebelum ini ia dijual pada harga lebih rendah iaitu RM2.50 sekeping.

Mohd Yunus Labbang, 37 yang ditemui berkata murtabak di kedainya menggunakan ayam dan daging segar bukannya frozen.

"Harga ayam dan daging segar sudah naik jadi saya terpaksa naikkan harga makanan ini," katanya.


"Kita untung tak banyak memang ada pelanggan mengeluh dengan kenaikan itu namun perniaga tak mampu buat apa-apa kerana kita juga kena fikirkan keuntungan," tambahnya.

Beliau yang berniaga menjual martabak sejak 11 tahun lalu bermula di Alor Setar Kedah berkata, kemungkinan harga RM3 hanya akan dijual untuk beberapa hari ini sahaja di bazar tersebut.

"Saya dengar peniaga murtabak lain di sini akan naikkan harga kepada RM 3.50, jadi saya pun kena naikkan juga untuk selaraskan harga di sini," katanya.

4 comments

Kempen masak dirumah jimat duit gilap skill memasak

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Org umno/bn kan sokong gst. Jd dia tak boleh komplen. Tk najib


EmoticonEmoticon