Sunday

Tun Mahathir kongsi rahsia masih mampu solat berdiri di usia 91 tahun


BEKAS Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkongsi tips kesihatan bagaimana beliau masih mampu solat berdiri walaupun usianya sudah menjangkau 91 tahun di dalam menjawab soalan salah seorang pengikut di laman facebook miliknya.


SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Ikuti soalan dan jawapan penuh Tun Mahathir di bawah ini.


Berikut soalan yang diajukan kepada beliau:

"Assalamualaikum Tun, yang dihormati, dunia remaja saya dulu dalam era Tun, dan saya menjadi dewasa dalam era Tun juga, saya bersyukur di saat saya sudah berada dalam fasa warga emas, Tun masih lagi bersama-sama dengan kami rakyat Malaysia yang mengasihi Tun.

Namun yang paling mengkagumkan saya adalah kesihatan luar biasa yang Allah anugerahkan kepada Tun, memang Tun selalu juga memberi tips dan nasihat kepada kami bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang berterusan.

Tapi ada satu persoalan yang telah lama terpendam dalam sanubari saya iaitu bagaimana Tun dapat mengekalkan kekuatan untuk Tun sehingga di usia sekarang masih dapat solat berdiri lagi sedangkan majoriti orang tua-tua yang jauh lebih muda dari Tun sudah pun menggunakan kerusi untuk solat.

Memang saya respect dengan kesihatan Tun yang hebat Semoga Saya pun beroleh kesihatan seperti Tun juga mudah-mudahan,"

Berikut pula jawapan penuh Tun Mahathir terhadap soalan tersebut:

"Terima kasih, iya saya cuma ingin berkata bahawa dalam kehidupan kita segala-galanya mestilah sederhana, tidak keterlaluan sebab itu bagi saya satu perkara yang amat penting sekali ialah saya tidak menghisap rokok, saya tidak minum arak, dan bila makan saya makan tidak terlalu banyak.

Bila kita makan terlalu banyak maka perut kita akan menjadi lebih besar, bila perut kita lagi besar kita mesti makan banyak baru berasa kenyang. Satu hari (bila makanan) berasa amat sedap kita makan lebih daripada biasa dan perut (jadi lebih) besar lagi.

Semakin lama perut kita akan semakin besar, kita perlu makan banyak sebelum kita kenyang dan itu akan menyebabkan badan kita menjadi gemuk, berat, dan tidak sihat.

Kalau kita terlalu gemuk ia tidak sihat, dia memberi apa nama jantung kita perlu tanggung beban yang cukup banyak untuk pam darah kita ke seluruh badan yang begitu besar.

Jadi jantung lama-lama dia tak tahanlah. Pasal jantung kita ni sejak sebelum kita diberanakkan pun jantung sudah berdenyut dan saya umur 91 tahun dekat-dekat dengan 92 lah, dan selama itu jantung saya dok pam tak berhenti kalau dia berhenti saya matilah.

Jadi Itulah sebabnya, yang kita perlu fikir sama tentang beban yang ditanggung oleh jantung. Kalau kita terlalu gemuk, jantung kita terpaksa kerja kuat lama-lama dia give up (putus asa) bila dia give up Itulah sebabnya kita dapati, ramai orang yang overweight (berat melampau) mereka menghadapi macam-macam masalah.

Sudah tentu bacaan blood pressure (tekanan darah) kerana pam terlalu kuat, masalah apa nama, Angin Akhmar kata orang paralisis badan dan sebagainya.

Semua ini disebabkan oleh makan terlalu banyak sehingga badan terlalu gemuk yang memberi beban yang amat tinggi kepada jantung, dan juga sistem-sistem lain dalam tubuh badan kita oleh itu kalau nak tanya apa dia saya buat, saya Itu saja saya tak hisap rokok daripada awal, saya tak minum arak, dan saya makan secara sederhana walau bagaimana sedap sekali pun".

Soalan dan jawapan penuh oleh Tun Mahathir boleh juga diikuti dalam video berikut.

3 comments

Semua tu ujian Allah:
- ujian kesihatan
- ujian kesenangan
- Ujian kecerdasan akal
- ujian panjang umur

Bersyukur dengan segala kurniaanNya sebelum ditarik semula...

Separuh rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Tun Dr M boleh dijadikan contoh amat baik jikalau kita inginkan badan yg sihat sepanjang masa. Pelengkap kepada badan yg sihat ialah kecerdasan minda dan ketenangan jiwa dan hati.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





EmoticonEmoticon