Wednesday

Warga Rohingya 'terpaksa minum air tandas' dalam tahanan Malaysia


PENCARI suaka politik dan juga pelarian daripada Rohingya dilaporkan ditahan dalam keadaan yang kotor, teruk dan sekurang-kurangnya lebih 24 orang telah mati di dalam tahanan pihak berkuasa Imigresen Malaysia sejak tahun 2015 lapor Asian Correspondent yang memetik kenyataan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).


Perkara itu didedahkan dalam laporan berita bertajuk "Rohingya 'had to drink toilet water' in Malaysian detention — report"pada 16 May 2017 yang lalu.


"Mereka hanya memberikan kami secawan kecil air dan makanan, jika tidak kami terpaksa minum air tandas," kata seorang gadis Rohingya berusia 18 tahun kepada The Guardian.

"Hanya jika ada seseorang yang hampir mati barulah pengawal akan datang, jika tidak kalau kami mengadu ataupun kami minta untuk pergi ke hospital mereka pukul kami," katanya.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut melaporkan bahawa keadaan di dalam tahanan adalah sangat teruk dan mereka 'seperti diseksa' di mana tahanan dinafikan hak untuk memperoleh makanan yang cukup, air, serta rawatan perubatan.

UNHCR memberitahu kepada The Guardian bahawa seramai 24 orang kebanyakkannya merupakan warganegara Burma (Myanmar) telah mati dalam tahanan sejak tahun 2015.

"Kematian-kematian ini benar-benar boleh dielakkan," kata pengarah eksekutif badan Pengukuhan Hak Amy Smith. 

"Caranya sangat mudah, kerajaan Malaysia hanya perlu berhenti daripada melayan pelarian-pelarian ini seperti melayan penjenayah berat," katanya.

Reuters melaporkan lebih tinggi jumlah kematian bulan lalu berdasarkan satu laporan oleh Suhakam yang menyebut sejumlah 83 kematian dalam tahun 2015 dan sekurang-kurangnya seramai 35 dalam tahun 2016.

"Jumlah itu adalah terlalu tinggi dan mengejutkan, dan ini menyeru kepada satu rombakan menyeluruh kepada sistem," kata Joseph yang juga merupakan seorang pesuruhjaya.

Dilaporkan seramai 246, 270 orang yang didaftarkan oleh UNHCR di Malaysia, daripada jumlah itu seramai sekitar 150, 000 merupakan pencari suaka politik dan juga pelarian.

Majoriti mereka merupakan orang Islam Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman dan kezaliman di negara asal mereka Myanmar. Mereka menyelamatkan diri daripada kekejaman pengganas Buddha dan juga tentera Burma.

Ramai di antara mereka sudah berada di Malaysia sejak berdekad lamanya.

Oleh kerana kerajaan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, maka pencari suaka politik dan juga pelarian di negara ini dinafikan hak asasi mereka untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan juga pekerjaan.

Pelarian biasanya bekerja secara haram dalam tugas-tugas yang tidak rasmi seperti pekerja pembersihan, dan buruh binaan. Justeru seringkali berlaku penafian hak-hak pekerja terhadap mereka seperti gaji tidak dibayar dan lain-lain.

2 comments

Apa yang hendak di kata kan lagi kerana itu merupakan "AJARAN ISLAM" yang di amalkan oleh pehak pehak yang berkuasa dan yang mengampu di kala ini. Jangan lah sesiapa merintih akan kaedaan itu. Yang utama ada lah "MENGUBUR KAN" para pemimpi dan pengampu yang sedemikian. Ingat bahawa ALLAH tidak akan merubah nasib se seorang, kecuali mereka yang sedar melakukan nya sendiri.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...






EmoticonEmoticon