Wednesday

Kedai Emas Giant Tampoi dirompak, pengawal bersenjata kena tembak


TERSEBAR di media sosial tentang kejadian rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas Wah Chan di Giant Tampoi Johor Bahru pada jam sekitar 8:15 malam tadi. Pengawal bersenjata di kedai emas tersebut dikatakan telah ditembak oleh penjenayah.



Video kejadian ketika rompakan sempat dirakam oleh individu tidak dikenali yang menyorok disebalik rak kedai tudung berhampiran tempat kejadian.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Video berdurasi hanya 12 saat itu memaparkan kelakuan dua orang penjenayah yang memakai topi keledar di mana salah seorang sedang memecahkan cermin tempat letak barang kemas menggunakan alat yang kelihatan seperti tukul besi, manakala seorang lagi mengutip barang kemas tersebut.

Sumber media sosial memaklumkan, pengawal keselamatan tersebut mengalami kecederaan di kaki akibat tembakan, dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah. 


Senjata jenis M0107638 milik pengawal keselamatan itu yang bernama Firdaus Aziz dikatakan telah dicuri oleh penjenayah yang melakukan rompakan.

Berikut video rakaman yang dimaksudkan.



EmoticonEmoticon