Sunday

Lelaki mengaku imam mengamuk halau orang di bazar Ramadan Kluang


SEORANG lelaki yang mengaku dirinya seorang imam mengamuk dan menghalau sekumpulan petugas Pakatan Harapan yang sedang mengedarkan kurma di Bazar Ramadan di Kluang Johor.



SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO 

Lelaki tersebut yang memakai kopiah berulang kali mendakwa dirinya imam, selepas diminta bersabar apabila dia bertindak ganas menolak dan menghalau petugas yang sedang mengedarkan kurma kepada umat Islam yang berkunjung di Bazar Ramadan tersebut.

"Sabar bang puasa," kata salah seorang petugas.

"Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, saya imam, saya imam," kata lelaki itu sambil mendabik dada menunjuk-nunjuk dirinya.

Seorang lagi lelaki botak yang dipercayai rakannya turut bertindak kasar menghalau petugas tersebut. Rakaman gelagat lucu samseng-samseng itu menjadi viral di media sosial.


Bagaimana pun, dari telinganya yang capang itu dapat kita kenal pasti bahawa lelaki mengaku imam ini pernah berlaku biadap sebelum ini, juga dalam bulan Ramadan difahamkan di lokasi Bazar Ramadan yang sama.

Tahun lalu lelaki ini pernah menjadi 'viral' dan sensasi di media sosial dan digelar dengan beberapa gelaran sebagai 'abang long capang', 'pendekar capang' dan 'samseng capang'.

Ketika itu dia melakukan perkara yang sama, menghalau petugas yang hadir ke bazar tersebut dalam insiden yang dikenali sebagai 'surat mana surat?'


Ketika itu dia menjadi bahan ketawa apabila meminta surat ketika menghalau rombongan petugas yang mahu memberi sedekah kurma kepada orang ramai.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut, sila klik button 'play' untuk menonton.


18 comments

Hehe Dapat Dedak Rm50.dh nk tunjuk Samseng.hai melayu Spesis Umngok Gadai Maruah Diri demi SeDedak Duit.Mudah nye Bangsa Melayu diBELI dengan duit.

Kalau ikhlas nak bagi pergilah kerumah anak yatim atau rumah kebajikan. Ini tempat orang niaga. Dia orang bayar sewa. Dulu dah jadi sekali, tapi memang agenda DAP mahukan insiden macam ini berlaku supaya nenunjukkan UMNO atau PAS memang rasis dan kurang ajar. Modalnya beberapa biji kurma sahaja, dan matlamat Melayu screw Melayu berjaya.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Kalau lah benar dia seorang "IMAM" sudah pasti kefahaman beliau berkaitan dengan "ISLAM" tinggi. Tetapi mengapa dia bertindak saperti "SYAITAN". Ini yang aku tak faham. Mungkin beliau ini merupa kan seorang "IMAM"klon, sama saperti makanan "TIRUAN" yang berleluasa di pasaran sekarang. Terbaru, telah di kesan di sebuah Pasar Raya di Kulai yang menjual beras plastik. Sepatut nya si "IMAM" bahalul ini memikirkan kepincangan Pemerintah yang ada sekarang yang berterusan menindas rakyat daripa memaki hamun mereka yang ingin memperlihatkan syiar Islam. Bukan kah "ISLAM" itu memberi rahmat kepada semua yang berada di atas muka bumi ini!!! Jangan lah kerana "DEDAK" seciput kamu sanggup mengadaikan maruah diri kamu.

alaahai kaki kaki shabu kaki gam pun ada.. sekali kena sergah dengan ema ratu naga guarantee cercirit dlam seluar punya.

time bulan puasa dap nk bg kurma.....

undi melayu nak...undang2 utk melayu jgn sekali

umno pun ada bg bubur lambuk kawasan tu... tak nak pertikai ke bro? org lain bayar sewa gak... Modalnya bubur lambuk ja.. haha

Sayyidina Abu Darda r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah kamu ingin aku mengkhabarkan kepada kamu tentang amalan yang lebih afdal daripada puasa, solah dan sedekah serta khairat?” Para sahabat menjawab. “Bahkan ya Rasulullah.” Baginda bersabda, “Mendamaikan sesama manusia adalah amalan yang paling afdal kerana pergaduhan sesame manusia ialah pencukur (amalan-amalan agama). Yakni sebagaimana rambut kepala habis dicukur dengan pisau cukur. demikianlah dengan pergaduhan sesama manusia. agama akan terhapus." (H.R Tirmizi)

buat malu orang johor ........ imam perangai mcm syaitan layak kah dia jadi imam klu perangai mcm ni ,,,sepatutnya dia bersabar lah klu tak nak terima sdekah jgn ambil ....si botak laknat tu klu sorang mampuih tak berani .... gigi pun dah taka ada nak perangai samseng .... cuba kamu buat kek luar nak tengok nanti gusi pun hilang ...hihihi

This comment has been removed by the author.

sudah la botak, ngko dapat dedak sikit nak belagak samsing konon,rambut pun dah gugor,gigi pon dah rongak,tunjok2 org,pegilak buat gigi kan dah dapat dedak,yg berok sekor ni ,mengaku imam konon,ada ke majlis ugama islam keluang bagi tauliah pada org mcm ni jadi imam ?,mcm tak faham hukum islam je...kalau aku turun dari Mersing pergi Keluang,aku jumpa memang makan penampar dua dua ekor ni ia lah buuat juadah berbuka puasa...... bangkai punya mangkok hayun ,buat malu umat islam jee,bulan Ramadzan ,hormat lah sikit ,mengapa spesis spesis ni saja yg kerap main politik rasis dan kebencian ???,pernah dengar tak ahli parti lain yg buat kerja mcm ni.....

hahaha. bila aku baca semua komen, org nak sedekah banyak cara. bukan hanya kat rumah anak yatim sahaja. kalau dia dah sedekah kat rumah anak yatim dalam diam. mna kita taw. setakat nak bagi kurma ni dah mcm2 halangan. apa jadahnya. kurma tu boleh bagi politik undi ke. pakai otak la sikit. bulan2 puasa bila ada org nak sedekah. mcm2 manusia muncul. pastu marah2 mcm org xde akal n puasa. malu la agama lain tgk org islam malaysia ni.

sedarkah anda siapa pemilik blogger nie...bukan orang islam...mereka sengaja melaga2kan orang lain...sedarkah anda...

Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp +13176681073

Org nk Bg sedekah je pun,kalo imam dan si botak tuk x buat kacau xkan ada benda viral mcm ni. Pemberi sedekah ni pun satu. Dh tau tu tmpt umno pasal nk masuk jg. Bagi lh jauh sikit dr bazar. Bg kat tepi jln pn blh ape.

Bermain taruhan dengan sangat santai, bermain taruhan dengan perasaan aman serta nyaman, Lebih hemat biaya pengeluaran, Bermain taruhan dengan mudah, Terdapat berbagai promo menarik juga
Untuk Mengetahui Info Kelanjutan Dari Kami https://goo.gl/H8XoFk
Hubungi Kami :
HP: +6281377055002
BBM: D1A1E6DF
YM: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
WECHAT ID: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
Terimakasih atas perhatiannya


EmoticonEmoticon