Wednesday

Dua suspek bakar tahfiz didakwa esok atas kesalahan membunuh


DARIPADA 7 suspek yang ditahan reman susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua dilapor akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan membunuh manakala enam daripadanya, dituduh bersabit kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kertas siasatan bagi kes tersebut telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara, melibatkan tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Difahamkan seorang daripada dua suspek bunuh akan turut didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

"Kita telah menerima arahan untuk mendakwa mereka esok," katanya.

Awal hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak polis telah menyelesaikan siasatan mereka terhadap insiden tersebut.

Menurut Noor Rashid, mereka yang "terlibat secara aktif" membakar pusat tahfiz berkenaan, berkemungkinan akan berdepan pendakwaan esok.

Manakala yang lain, yang tidak terlibat secara langsung mungkin akan didakwa atas kesalahan-kesalahan lain seperti penyalahgunaan dadah.

Tujuh suspek remaja yang berumur di antara 11 hingga 18 tahun ditahan reman selama 14 hari sejak 15 September lalu. 

Pihak polis sebelum ini mengesahkan bahawa kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur berpunca daripada dendam susulan kejadian ejek-mengejek yang berlaku di antara pelajar tahfiz dan tujuh suspek yang ditahan.

Polis menemui dua buah tong gas memasak dipercayai telah digunakan untuk membakar bangunan tahfiz tiga tingkat yang mengorbankan 21 pelajar dan 2 orang warden.

1 comments so far

korang nak berjudi, lantak pergi mampus, tak payah nak togel,bogel ajak orang lain masuk jahanam.


EmoticonEmoticon