Thursday

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu (Bain Sughra)


PASANGAN kontroversi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu dalam satu penceraian di mahkamah yang disebut oleh hakim Syukran Yusuf sebagai "Talak Bain Sughra" di mana bekas isteri tidak perlu melalui tempoh edah kerana mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Kedua-dua pihak dilaporkan tidak membuat sebarang tuntutan nafkah tertunggak serta harta sepencarian.

Hafiz ketika ditemui mengharapkan masyarakat dapat belajar sesuatu daripada kes tersebut.

"Saya rasa Alhamdulillah pastinya ada hikmah yang baik, dan saya harap orang lain juga, masyarakat kita, dapat ambil pengajaran daripada sini, dan saya juga belajar sesuatu," katanya.



Joy Revfa ketika ditemui turut menerima segala yang berlaku dengan tenang sebagai qadha' dan qadar dari Allah. Joy turut meluahkan rasa bersyukur dia dan keluarga dengan jatuhnya talak tersebut yang dianggap sebagai jalan terbaik antara dia dan bekas suami.

"Saya percaya Ini adalah qada dan qadar Allah, dan ini adalah jalan terbaik untuk saya dan dia, jadi saya pun sangat-sangat rasa bersyukur, dan family saya pun bersyukur dengan jatuhnya talak ini,"



"Dan saya selepas ini pun nak teruskan kehidupan saya dengan anak saya," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 1 Mei 2017 yang lalu.

1 comments so far

Oklah tu, Joy repa, tak perlu bersedih lama, nanti abg masuk meminang, hantaran RM 5,525.00 boleh tak?


EmoticonEmoticon