Sultan Johor titahkan JAIJ berhenti berurusan dengan JAKIM

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga merupakan ketua Agama Islam negeri itu, dilapor menitahkan agar Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhenti berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

sultan johor di UTHM

Titah itu susulan kritikan yang dibuat oleh seorang pendakwah, Zamihan Mat Zin, yang didakwa merupakan salah seorang pegawai Jakim, dalam satu ceramah agama di Selangor baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Zamihan dalam ucapan yang tidak menamakan sesiapa, dikatakan berkata tidak betul bagi Sultan sebagai ketua Agama Islam Negeri mengeluarkan titah begitu.

Zamihan memohon ampun dan menafikan bahawa dia telah mengkritik Sultan Johor selepas video berkenaan menjadi tular.

Sultan Johor juga menitahkan agar mulai saat ini Jakim berhenti daripada memberi apa-apa pandangan tentang Johor.

"Beberapa orang mufti dan ulama Islam telah memberikan pandangan mereka berkenaan isu dobi (mesra Muslim) di Muar,"

"Malangnya, Zamihan telah mengkritik saya dan memandang rendah pandangan mufti dan ulama. Cara dia bercakap begitu sombong, seolah-olah hanya dia seorang yang betul,"

"Jika benar dia merupakan seorang pegawai Jakim, saya tak tahu dari mana jabatan jumpa dia kerana bagi saya, dia seperti tin kosong dan tiada otak,"

"Bila dia kena kecam tentang isu itu, dia menafikan segala yang dia katakan,"

"Selepas ini saya sudah arahkan JAIJ agar tidak membuang masa berurusan dengan Jakim, dan Jakim juga tak perlu beri sebarang pandangan kepada negeri Johor," titah Sultan Ibrahim dalam ucapannya di majlis pembukaan Konvokasyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini.

Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan dan telah memaafkan Zamihan.

Zamihan yang juga presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) telah ditahan oleh pihak polis pada 11 Oktober untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sumber — Yahoo News

2 Comments

  1. GELAP atau CAHAYA..

    Klu rakyat diberikan 2 pilihan GELAP atau CAHAYA sudah pasti CAHAYA mnjd pilihan mrk..

    Ddlm CAHAYA tiada lg momok yg menakut2kan..

    Ddlm CAHAYA terang yg tiada momok itu, tiada n TIADA ketakutan krn KEBODOHAN lg.. krn jd "takut" serta jd "BODOH" adalah umpan ddlm GELAP!

    "...perkauman dan agama..."

    Momok GELAP yg paling menakutkan lg memBODOHkan itu adalah sentimen perkauman n prejudis agama yg dgn sengaja dirancang diulang2..

    DAN momok itu dgn sendirinya LENYAP apb tiada lg ruang yg GELAP, apb ruang telah dipenuhi CAHAYA diskusi debat hujah serta fakta2 AUDIT telus lg tepat yg MIRACLE bertenaga..

    KEBODOHAN adalah natijah hidup ddlm GELAP, yg boleh dgn mudah di"api2"kan dgn isu lapuk perkauman serta prejudis agama yg usang ketinggalan zaman..

    CAHAYA yg terang dan LURUS yg dibawa nabi SAW itu adalah rahmat kpd seluruh alam2.. sama sprt bak CAHAYA mentari yg TAK pernah bias n prejudis menyinari seluruh umat manusia dgn SAKSAMA tanpa mengira darjat perbezaan kaum bangsa negara maupun agama..

    CAHAYA mentari itu sgt2 adil n LURUS menyinari kita n CAHAYA itu tak pernah membeza2kan kita India Cina Melayu Iban Kadazan dll dinegara ini, begitulah indahnya CAHAYA pemberian"NYA" melalui mentari itu yg tak pernah n TIADA bias walau sedikitpun sama sekali!

    Raikan suburkan dan war2kan sbnr2 CAHAYA MERIT n Integrity, CAHAYA cinta n Kaseh Sayang sesama kita, so apb wujud CAHAYA yg terang indah lg LURUS itu, momok2 GELAP yg penuh kesumat yg sarat dgn maki hamun kata2 kesat itu pun PASTI tak akan dpt hidup serta bernafas lg hi hi..

    Tenaga CAHAYA yg Tuhan berikan kdlm jiwa kita itu sgt2 power lg AKTIF n sedarlah manakala yg GELAP itu sgt2 lemah dhoif lg pasif!

    ReplyDelete
  2. Bersama Kami Agen Bolavita Game Online Terpercaya
    Dapatkan Give Away Promo Natal 2017
    Free Chip Rp.55.000 Tanpa Deposit
    Langsung Saja Kunjungi www(titik)bolavita(titik)org
    Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan