Thursday

TMJ mahu Sekolah Bangsa Johor dapat 5 Sekolah Bangsa Cina


MEDIA tempatan hari ini melaporkan kelulusan 10 buah sekolah Cina, oleh Kementerian Pendidikan yang mana 5 daripadanya akan dibina di negeri Johor.



Pengumuman itu jelas sekali bercanggah dengan hasrat Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mahu melihat kewujudan Sekolah Bangsa Johor bagi memupuk perpaduan antara kaum di kalangan rakyat negeri itu dari peringkat awal lagi.

"Pada masa akan datang, tak ada lagi sekolah India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama masih ada untuk agama kita, tetapi Sekolah Bangsa Johor,"

"Daripada kecil awak dah patut diajar macam mana untuk bersatu, menghormati agama antara satu sama lain, menghormati bangsa orang lain, kaum-kaum lain," katanya.



Sebelum itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut mempersoalkan konsep 1 Malaysia oleh kerajaan Malaysia, yang mahu rakyat bersatu tetapi dalam masa yang sama,  dipisah-pisahkan mengikut kaum sejak dari bangku sekolah.

"Malaysia pun ada 1 Malaysia. Awak beri saya satu jawapan, mana dia 1 Malaysia? Awak ada sekolah India, awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu, daripada kecil awak dah ajar dia jangan bersatu, lepas tu dah besar awak suruh dia bersatu?" Soalnya.

Kalau kita lihat kenyataan TMJ ini sangat rasional dan baik demi perpaduan dan keharmonian rakyat. Namun pandangan itu langsung tidak dipedulikan sebaliknya kementerian meluluskan pula pembinaan 5 buah sekolah cina di negeri Johor.

Sekolah Bangsa Johor yang diperlukan, Sekolah Bangsa Cina pula diluluskan, kenapa jadi begitu?



EmoticonEmoticon