Tuesday

Yusuf Azmi dan Abang Ali PPIM serah diri di Balai Polis Kajang


PENGARAH Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saudara Yusuf Azmi dan seorang lagi yang dipanggil sebagai Abang Ali menyerah diri di balai polis Kajang sebentar tadi.



Difahamkan mereka diminta menyerah diri di balai polis berkenaan berhubung kes pajakan kereta yang pernah kecoh pada bulan Julai lalu sekaligus menaikkan nama Yusuf Azmi pada ketika itu.

Penyerahan diri itu bagi membolehkan mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan — Kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan, dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan — Kesalahan menceroboh yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Seksyen 427 memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau denda, atau kedua-duanya. Manakala seksyen 447 memperuntukan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.


Maklumat lanjut menyusul.

1 comments so far

Bersama Kami Agen Bolavita Game Online Terpercaya
Dapatkan Give Away Promo Natal 2017
Free Chip Rp.55.000 Tanpa Deposit
Langsung Saja Kunjungi www(titik)bolavita(titik)org
Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi :
BBM : D8C363CA
wechat : bolavita
whatup : 6281377055002
Email : cs@bolavita .com


EmoticonEmoticon