Monday

Fatah Amin, Fazura menikah di sebuah hotel malam tadi


PELAKON Fatah Amin dan Fazura kini sah bergelar sebagai suami isteri selepas selamat menikah pada jam 9:50 malam tadi di sebuah hotel di ibu negara, Kuala Lumpur.

Fattah Amin yang berusia 27 tahun, dikatakan sah bergelar suami kepada Nur Fazura 34 hanya dengan sekali lafaz akad nikah.



Berita itu turut dilaporkan oleh Berita Harian, melalui laman twitter rasminya.

"Fattah, Fazura sah bernikah dengan sekali lafaz di sebuah hotel di Kuala Lumpur jam 9:50 malam ini," lapor sumber berita itu.



Portal mStar pula melaporkan, mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel mewah Ritz Carlton, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Wartawan yang berada di hotel tersebut sejak pukul 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura, iaitu Iman Thang dan beberapa pengawal peribadi turut berada di lokasi berkenaan dan berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar jam 6:30 petang, dua orang lelaki dilaporkan tiba di lobi Hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke atas menggunakan lif.

Keadaan di perkarangan hotel juga tenang, namun pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu lapor portal itu lagi.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja dilaporkan boleh ke tingkat berkenaan.

Minggu lalu dalam satu sidang media, Fattah dan Fazura menafikan khabar angin mengatakan mereka telah bernikah sebelum berangkat ke tanah suci Mekah.

Dalam sidang media tersebut, pelakon popular Suri Hati Mr Pilot itu, berkata bahawa mereka sudah bertunang pada 13 November 2017 dan sedang merancang majlis pernikahan dalam masa terdekat.

Mengenai majlis perkahwinan pula, katanya pihak keluarga sedang membuat perancangan dan persiapan.

Bagaimanapun majlis pernikahan mereka berdua akan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga.

Namun pihak media dan orang ramai akan dijemput ketika majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu.

Tambahnya lagi sekiranya segala persiapan perkahwinan sempat dilakukan, mereka dijangka akan bernikah dalam bulan 12 tahun ini.

Tapi nampaknya belum pun bulan 12, Fattah dan Fazura telah selamat bernikah dan sah menjadi suami isteri malam tadi. — 27 November 2017

1 comments so far

Permainan menarik dan seru bisa anda temui di B*O*L*A*V*I*T*A* jangan sampai ketinggalan daftarkan diri anda sekarang juga BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002


EmoticonEmoticon