Ibu lacurkan anak: Polis kenal pasti tempat sembunyi suspek utama

PIHAK Polis dilaporkan telah mengenal pasti tempat persembunyian 3 orang suspek utama melibatkan kes seorang ibu tunggal yang melacurkan dua orang anak perempuannya.

Superitendan Razak Md Said berkata suspek-suspek tersebut adalah teman lelaki kepada ibu mangsa, dan dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30 tahun.

ibu lacurkan anak

"Semakan mendapati suspek-suspek sedang bersembunyi di sekitar Johor dan beberapa negeri lain," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada hari Isnin.

Menurutnya pihak polis telah maklum tentang perkara itu dan akan mengambil tindakan lanjut.

"Kami sudah kenal pasti tempat persembunyian mereka dan telah memaklumkan kepada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan suspek tidak dapat meninggalkan negara ini," katanya.

Pihak polis sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana dipercayai telah memaksa dua orang anak perempuan yang berumur 13 dan 10 tahun untuk melacur.

Wanita itu dipercayai telah memaksa anak perempuannya memberikan perkhidmatan seksual kepada 3 lelaki warga Bangladesh.

Siasatan mendapati wanita itu telah membawa kedua-dua anaknya ke sebuah Hotel Bajet di Larkin bagi menyediakan perkhidmatan seksual sejak bulan lalu.

Wanita itu menerima bayaran sebanyak RM50 setiap kali anaknya dilacurkan.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun selepas dia mengaku bersalah atas kesemua 10 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Wanita itu dituduh melacurkan anak-anaknya kepada dua lelaki di sebuah Hotel Bajet di Larkin Perdana pada 5 tarikh yang berbeza iaitu 1 Oktober dan 4 hari berturut-turut mulai 4 Oktober sehingga 7 Oktober.

Tertuduh didakwa melacurkan anaknya yang berusia 10 dan 13 tahun dengan bayaran RM50 setiap kali, dan kadangkala mangsa dilaporkan hanya menerima bayaran sebanyak RM1, RM5, RM10 dan RM20.

Ibu tunggal itu telah didakwa di bawah seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda, dengan alasan perlu menjaga dua orang lagi anak berusia 4 dan 5 tahun.

Hakim Mahkamah Seksyen, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun hakim menetapkan hukuman dijatuhkan berjalan secara serentak bagi kesalahan yang dilakukan pada tarikh yang sama, ini bermakna wanita itu perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.

2 Comments

  1. Perempuan camtu patut diSULA saja.lahanat punya betina

    ReplyDelete
  2. Menangkan uang jutaan rupiah dengan cepat
    Segera kunjungi website www(titik)bolavita(titik)org
    Info, segera hubungi :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan