Sunday

Ikrar undi BN dalam borang permohonan khas kad pengenalan?


TERSEBAR di media sosial gambar borang permohonan khas kad pengenalan yang tertera logo 1 Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di atasnya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai di media sosial terhadap borang berwarna putih itu ialah — terdapat catatan berbentuk ikrar atau aku janji untuk mengundi BN di bahagian bawahnya.



Ikrar itu berbunyi seperti berikut:

"Saya yang menurunkan cop jari kiri dan kanan di bawah ini dengan sesungguhnya berjanji bahawa, akan mengundi BARISAN NASIONAL pada pilihan raya ke-14 akan datang, dan jika sekiranya Saya ingkar akan janji ini maka Saya sedia dan rela hati untuk diambil tindakan dengan membatalkan KAD PENGENALAN SAYA,"

Hasil semakan di media sosial mendapati antara individu terawal yang berkongsi gambar borang tersebut secara umum adalah seorang pengguna facebook bernama Anthony Tibok pada 25 November 2017.

"Borang permohonan khas kad pengenalan, untuk mengundi BN kah ini?" soalnya ringkas.



Kalau difikirkan secara logik, dan jika borang ini benar, borang ini seperti untuk diisi oleh warganegara asing yang mahu memohon kad pengenalan.

Tak mungkinlah warganegara Malaysia yang sudah memiliki kad pengenalan masih mahu memohon kad pengenalan untuk kali kedua.

Kemungkinan kedua ialah, borang ini untuk warga asing yang sudah memiliki kad pengenalan berstatus "penduduk tetap" namun ingin memohon menaik taraf statusnya menjadi warganegara Malaysia sekaligus mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya.

Namun kita jangan cepat percaya dengan sebaran seperti ini, tidak mustahil ia merupakan taktik "black operation" machai untuk memerangkap penyokong pembangkang.

Cuba lihat pada ejaan tempat lahir dieja sebagai "temapt lahir" jelas bukan kesalahan yang tidak disengajakan.

Siapa punya kerjakah ini?

6 comments

Tak habis2 admin ni buat cerita sensasi suku masak...untuk apa...? Bagi rakyat berbalah ...? Sudah2 lah

Kamu fikir jika warga asing yang layak untuk menjadi warganegara Malaysia sanggup untuk mengundi pembangkang dalam Pilihanraya ke 14?

Usah bermimpi di siang hari. Mereka warga asing ini sanggup menggadaikan kewarganegaraan yang dimiliki di negara asal mereka kerana sedar bahawa negara Malaysia adalah bumi bertuah aman damai dan Harmoni, hasil pemerintahan dan pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional sejak Merdeka.

Mereka ini jauh lebih baik dan pandai berterima kasih kepada kerajaan yang sudah banyak berjasa berbanding penyokong pembangkang yang tidak tahu bersyukur.

Jika saya ada kuasa, sudah lama saya gubal satu undang-undang yang membolehkan semua warga asing ini bertukar taraf warganegara dengan penyokong pembagkang yang tidak tahu bersyukur, biar semua penyokong pembangkang yang tidak pernah berhenti mengutuk kerajaan, Kita tukar kerakyatan Biar mereka tinggal di negara asing, manakala rakyat negara asing yang menyokong Barisan Nasional kita bawa masuk pada kadar satu nisbah satu 1:1

Pada waktu itu barulah semua penyokong pembangkang ini sedar dan insaf, bahawa mereka selama ini dipimpin oleh pemimpin paling bijak dan hebat pernah dilahirkan di tanah bertuah ini iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dibantu oleh Yang Amat Berhormat Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansor.

Selagi kita tidak merasa kehilangan Selagi itu kita tidak pernah bersyukur, sebab itu kebanyakkan penyokong pembangkang tidak tahu bersyukur kerana mereka tidak pernah dilucutkan kerakyatan dan dihantar ke negara asing.

Kepada rakyat yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh dibelakang perdana menteri yang sangat dikasihi seluruh Rakyat, Teruskan perjuangan anda mempertahankan pemimpin yang kita sayangi.

#PuteriPeduli

Parti penyokong nyer keje nie..jgn caya lahh..

Memang betul,kita patut bersyukur dan bertermakasih walaupun kena samun oleh lanun

Dah disahkan bahawa borang itu adalah palsu dan sengaja diadakan untuk tujuan futnah. Adakah Admin bersedia untuk makan daging saudaranya diakhirat nanti?

Sampai ke sini lisa baiduro..😂


EmoticonEmoticon