Kosmo tukar nama Harimau Malaya jadi Sotong Malaya

LAPORAN berita tentang kekalahan 1 — 4 pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya kepada Korea Utara dalam Akhbar Kosmo hari ini mengundang kekecohan apabila akhbar itu menukar nama "Harimau Malaya" kepada "Sotong Malaya".

Tajuk pedas "Sotong Malaya dibelasah lagi 1 - 4" oleh akhbar Kosmo itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dan beberapa forum terkenal di internet.



Seorang forumer, Perfect Stranger di Forum Lowyat menyifatkan tajuk itu mahu mencetuskan perbalahan dengan kesultanan Johor.

"They really want to start a fight with Johor Sultanate, I wonder behind media to put this title (mereka betul-betul nak mulakan perbalahan dengan Kesultanan Johor, saya tertanya-tanya siapa di belakang media yang letak tajuk ini)" tulis Perfect Stranger.

"Bagai api disimbah petrol," kata seorang lagi forumer menghunakan nama pandera999.

Segelintir netizen pula beranggapan, tajuk "bikin panas" itu sekadar taktik murahan Akhbar Kosmo bagi melariskan jualannya melalui tajuk sensasi, sedangkan isinya tiada apa yang menarik.

Akhbar itu hari ini melaporkan Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1 — 4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-mobile, Buriram Thailand malam tadi.

Eksperimen dilakukan oleh pengendali Nelo Vingada memberi peluang kepada empat pemain muda Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad, dan Amirul Azhan beraksi dalam kesebelasan utama disifatkan oleh akhbar itu sebagai "memakan diri"

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di emiriyah Arab Bersatu.

6 Comments

  1. Patutlah bisnes tak pernah untung. Selalu kalah saman sbb bawa berita fitnah, sensasi dan kali ini memperli skuad harimau. Tak Lama lagi KP mohon maaflah tu

    ReplyDelete
  2. Patutlah bisnes tak pernah untung. Selalu kalah saman sbb bawa berita fitnah, sensasi dan kali ini memperli skuad harimau. Tak Lama lagi KP mohon maaflah tu

    ReplyDelete
  3. boikot kosmo. hope baginda sulta mengambil langkah yang sama tidak benarkan akhbar ni berada di negeri johor. wartawan ni maybe anak kelahiran luar negara maybe beli kp.. langsung tiada semangat patriotik

    ReplyDelete
  4. roti najib satu! roti tak ada telur adalah roti najib! kah! kah! kah! kah!

    ReplyDelete
  5. haramkan kosmo di bumi johor dan dari sebarang liputan untuk bolasepak malaysia. kurang ajar sungguh.

    ReplyDelete
  6. B-O-L-A-V-I-T-A
    Kami melayani pembuatan akun Sabung Ayam , SBOBET, IBCBET, 368bet, 998bet, IBCBET Casino, 338a, CBO855, GD88, ISIN4D, Klik4D, tangkasnet, 88tangkas dan 368MM. Minimal deposit dan withdraw hanya 50.000 dan untuk kemudahan dan kelancaran anda bertransaksi di kami menyediakan support bank : BCA, BNI, BRI, Danamon, Mandiri dan CIMB NIAGA.

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    wechat : b-o-l-a-v-i-t-a
    line : cs_bolavita
    whats up : 6281377055002
    BBM: D8C363CA (NEW)

    Kepuasan Member adalah Prioritas Utama Kami ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan