Monday

Letusan Gunung Berapi di Bali muntahkan debu ke langit


HAMPIR 100,000 penduduk diarah untuk meninggalkan kawasan zon bahaya selepas berlakunya letusan gunung berapi di Bali, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Bali yang memuntahkan debu-debu setinggi lebih 6,000 meter.

letusan gunung berapi di bali
Gunung Agung memuntahkan debu setinggi 6,000 meter

Puluhan ribu pelancong turut terkandas susulan ancaman letusan gunung berapi itu yang dilaporkan semakin memuncak.

Menurut Sutopo Purwo Nugroho seorang jurucakap dalam sebuah sidang media di Jakarta, kawasan zon berbahaya diperluaskan kepada sejumlah 22 kampung melibatkan seramai kira-kira 90,000 hingga 100,000 penduduk.

Kata Ngroho, seramai 40,000 orang sudah dipindahkan manakala sebahagian lagi enggan berpindah, kerana masih berasa selamat atau tidak mahu meninggalkan haiwan ternakan mereka.

Penduduk memindahkan haiwan ternakan

Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran pada tahap paling tinggi pada hari Isnin, serta mengarahkan lapangan terbang ditutup selama 24 jam.

Sumber berita British, metro.co.uk melaporkan, letusan gunung berapi Agung itu melemparkan debu-debu berbentuk awan-awan putih dan kelabu setinggi 9,800 kaki ke atmosfera sejak hujung minggu.

Beberapa rakaman video yang diterbitkan oleh agensi bencana kebangsaan menunjukkan, aliran lumpur bercampur lahar gunung berapi menuruni curam pergunungan itu.

Ujian menunjukkan debu-debu letusan berkenaan telah sampai ke ruang udara pulau, susulan itu para pelancong berdepan pembatalan penerbangan yang disiarkan dari masa ke semasa di papan informasi.

Jurucakap lapangan terbang, Air Ahsanurrohim berkata sebanyak 445 penerbangan telah dibatalkan, menjejaskan lebih 59,000 pelancong. Penutupan lapangan terbang berkuatkuasa sehingga pagi hari Selasa, namun pegawai memaklumkan situasi semasa akan dinilai setiap 6 jam.

Penduduk di pusat pemndahan, Karangasem, Indonesia

Bali merupakan destinasi pelancongan paling popular di Indonesia, dengan tarikan budaya Hindu, pantai yang indah serta kehijauannya menarik sekitar lima juta pelancong dalam setahun.

2 comments

#KP SPRM
#Pray4VillaKubu

Permainan menarik dan seru bisa anda temui di B*O*L*A*V*I*T*A* jangan sampai ketinggalan daftarkan diri anda sekarang juga BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002


EmoticonEmoticon