Tuesday

Air percuma Terengganu pengguna rasa tertipu


KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu (m³) pada pembentangan bajet negeri itu tahun lalu.

Air Percuma Terengganu

Pengumuman itu sangat menggembirakan rakyat Negeri Terengganu kerana menyangka pelaksanaannya adalah serupa seperti pemberian air percuma yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak hampir 10 tahun lalu.

Namun sangkaan rakyat Terengganu ternyata meleset. Salah seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook miliknya.

Zaidan Abdullah, yang mengaku tidak sabar untuk  melihat janji BN melaksanakan air percuma sebanyak 20m³ mendakwa baru sahaja menerima bil air dari Syarikat Air Terengganu (SATU), namun tiada air percuma seperti yang dijanjikan.

"Baru dapat bil air dari Abang SATU (Syarikat Air Terengganu), tak sabar nak lihat janji BN memberikan air 20 m³ secara percuma,"

"Penggunaan air kami macam biasa. Selalunya memang melebihi 20 m³ . Maklum sahaja anak-anak bila mandi suka bermain air,"

"Apabila lihat bil eh! Tak ada pula percuma 20 m³ air," tulisnya.

Menurut Zaidan, beliau telah menghubungi pihak SATU untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.

"Dari perbualan dengan pihak SATU, mereka memaklumkan bahawa hanya pengguna di bawah 20 m³ sahaja yang diberi percuma," 

"Jika penggunaan melebihi 20 m³, caj penuh akan dikenakan kepada pengguna," tulisnya.

Zaidan ada mengirimkan bil air miliknya dalam kiriman itu.

bil air terengganu

Zaidan turut mempersoalkan sama ada pegawai syarikat air tersebut yang tidak tahu, atau memang begitu yang dimaksudkan oleh menteri besar Terengganu ketika membentangkan bajet negeri 2018 tempoh hari.

Sumber — Zaidan Abdullah

2 comments

menteri besar penipu


EmoticonEmoticon