Saturday

Janji BN PRU13 nak bina klinik, tinggal papan tanda


TERSEBAR di media sosial gambar sebuah papan tanda dah nak roboh dipasang oleh Barisan Nasional (BN) sebagai janji manis (gula-gula) pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas. 

Dari butiran yang tertulis pada papan tanda hampir roboh itu, kononnya sebuah klinik kesihatan dan kuaters kakitangan akan dibina di Penampang, Sabah mulai 15 Mac 2013 (sebelum pilihanraya) dan akan siap pada 19 Mac 2015 (selepas pilihanraya).


Janji BN PRU13

Namun sehingga kini, klinik kesihatan yang dijanjikan tak juga kunjung tiba, maka anai-anai pula yang datang makan gentian papan tanda itu menjadikannya reput, menunggu masa untuk menyembah bumi. 

Tidak hairanlah sebelum ini dilaporkan, rakyat Sabah ada yang terpaksa menggunakan ambulan kerbau untuk mendapatkan rawatan di hospital yang terletak sangat jauh dari tempat kediaman mereka.

Ambulan Kerbau

Kasihan, meskipun Rakyat Sabah merupakan pengundi paling banyak Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan negeri itu menjadi "simpanan tetap" dan menyelamatkan Barisan Nasional pada pilihanraya, namun mereka jelas sekali dianaktirikan.

"Semakin kuat sokong BN, makin sengsara hidup rakyat"

4 comments

Janji ditepati kata cucu tokey judi.. kah kah kah

baguslah macam tu. rakyat terus-menerus diperbudak serta diperbodohkan oleh Barisan Nasional. Dapat RM10 pun sudah boleh mengundi parti haram jadah tu! Teruskan jadi bodoh sampai bila-bila. Lepas tu boleh digadaikan pada China merah! kah! kah! kah!

Alhamdulillah, janji "ditepati"...

InsyaAllah utk pru akan datang kerajaan akan bina klinik, oops, silap. Akan bina papan tanda baru! kah kah kah


EmoticonEmoticon