Najib akui tidak pernah sahkan sumber RM2.6 bilion, anggap derma Raja Saudi

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan mengakui bahawa beliau tidak mengesahkan sumber dana RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun banknya, yang dipercayai telah diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Bercakap dalam program Aljazeera 101 East, Najib berkata bahawa dia menganggap duit itu adalah "derma-derma" yang ada kaitan dengan Raja Arab, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud selepas baginda memberikan jaminan untuk menyokongnya.

Persoalannya ialah ketika saya menerima dana itu sama ada saya sedar sumber dana itu ataupun samada duit itu dalam pertikaian tentang siapakah pemiliknya. Sudah tentu dalam kapasiti saya, saya tidak mempunyai akses kepada maklumat perbankan.

Najib Al Jazeera

"Kerana sesiapa pun yang memiliki dana itu dilindungi oleh kerahsiaan perundangan bank, jadi ketika saya terima dana itu, saya fikir ia adalah derma yang sah dan pada masa itu pengetahuan yang saya ada berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah," katanya memberitahu wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley.

Najib juga menafikan bahawa beliau mengetahui perkara itu apabila Jolley menyatakan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, secara jelas menunjukkan sumber dana berkenaan, dan kuasa Najib sebagai perdana menteri.

"Yeah, tetapi perdana menteri tidak mempunyai akses kepada informasi perbankan," kata Najib.

Transkrip temubual berkenaan dilaporkan di beberapa portal berita. Sepanjang diasak bertubi-tubi, Najib beberapa kali hilang sabar.

Program temu bual itu akan disiarkan dalam saluran berita esok pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.

Bulan lalu, kata Najib beliau telah meminta wang tunai dari Raja Saudi, sebagai satu "dana luar jangka" untuk membantu Barisan Nasional (BN) ketika pilihanraya umum ke-13, yang mana katanya Raja Saudi pada masa itu bersetuju untuk menyumbang sejumlah US$800 juta (RM3.31 bilion nilai semasa).

Bagaimanapun, Najib mendakwa hanya menerima US$681 juta (Pada masa itu nilainya RM2.6 bilion) dari pelbagai akaun milik Raja Saudi, yang salah satunya datang dari sebuah syarikat bernama Tanore.

Tanore dilaporkan sekadar menjadi syarikat dorman digunakan untuk menyalurkan dana dari 1MDB ke pelbagai akaun penerima termasuk Najib.

Sumber — Yahoo News

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan