1MDB bukan persepsi, bukan fitnah kata Khairy Jamaluddin

MANTAN Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan kepada para penyokong Najib, bahawa 1MDB bukan persepsi dan bukan fitnah, sebaliknya ia adalah kebenaran.



Beliau berkata demikian dalam satu video rakaman temubual bersama Utusan Malaysia.

Khairy turut mempersoalkan mengapa sampai ke hari ini masih ada lagi para penyokong Najib yang mahu mempertahankan perkara itu.

"Untuk apa nak pertahan benda ni? Cakap sajalah, ini adalah kebenaran, 1MDB adalah kes yang bukan persepsi, bukan fitnah, dia memang kes, dah terbukti di Amerika Syarikat," tegasnya.

Beliau turut menggesa ahli-ahli Umno mengakui tentang skandal 1MDB, jika tidak katanya sukar untuk parti itu bangkit kembali.

"Apa lagi nak cover (tutup)? Mengaku jelah, mengaku je. So bagi saya selagi kita tak selesaikan isu ni, susah untuk Barisan Nasional dan UMNO bangkit kembali,"

"Isu ini akan hidup dua tiga tahun lagi, selagi tak selesai kes di mahkamah, dia akan hidup kes ni, setiap kali ada perbicaraan, isu ini akan dimainkan semula, 1MDB, berapa banyak dirompak, berapa banyak diambil dan sebagainya," katanya.

Khairy turut mempersendakan insiden bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninggalkan studio ketika ditemubual oleh wartawan Al-Jazeera sebelum ini.

"Macam Al-Jazeera, dia (Najib) nak cakap pasal ekonomi, orang tak nak dengar dia cakap pasal ekonomi,"

"If you want me to talk about economy I'll talk, nobody want to hear you (Najib) talk about economy," katanya.

Di bawah ini sedutan rakaman temubual tersebut, sila klik button 'play' untuk menonton video.


1 Comments

  1. Peribahasa melayu melukut di tepian gantang tuh cukup besar makna nya...KJ, kamu sedar sebelum jatuh nya Najib, UMNO dan BN akan tetapi kamu memilih untuk bersama penyamun setelah sekian waktu 'bertarik tali' sebelum kejatuhan...itu membawa pepatah melayu yang lebih sempurna yakni...sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tiada guna nya!

    KJ, you need to move on to a better platform. Zahid and UMNO's hierarchy are still in a very deep denial and, especially UMNO's president is facing 45 charges yet they are not willing to be firm in decision making then its a gone case!

    Why? Well, if the 1MDB's stench could be swept under the carpet with meetings at Sri Perdana whilst the so called bugis-warrior were still holding the throne, now that he's toasted, he even ran away from an international-widely known interview...what more local forum at Nothing2Hide eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan