Hanya sehari, lebih 120,000 tandatangan petisyen pecat Waytha Moorthy

HANYA dalam masa sehari, lebih 100 ribu orang telah menandatangani petisyen di atas talian menuntut menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy untuk meletak jawatan.

Petisyen yang dimulakan oleh Aiman Haziq itu dialamatkan kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat artikel ini ditulis, sejumlah 127,442 orang telah menandatangani sekaligus menyokong tuntutan agar jawatan P Waytha Moorthy sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator dilucutkan atau dipecat.

petisyen tuntut waytha moorthy letak jawatan

Waytha Moorthy yang memegang portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, dikecam hebat apabila salah satu video ucapan lama beliau disebarkan semula.

Dalam video berkenaan, Waytha menuduh kerajaan Malaysia melakukan diskriminasi terhadap penganut Hindu, Waytha menuduh orang Hindu dipaksa menukar agama kepada Islam untuk mendapatkan pekerjaan dan kuil-kuil Hindu sengaja dihancurkan oleh pihak berkuasa.

Tuduhan itu dipercayai dibuat oleh Waytha dalam satu temubual bersama sebuah stesen TV di Belanda ketika berada di luar negara. Video itu telah tersebar semula dan menjadi tular di media sosial.

Petisyen itu menyatakan beberapa sebab Waytha perlu dipecat, antaranya beliau telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa, bertegas mahu meratifikasi ICERD, gagal mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak, dan mempunyai latar belakang yang kontroversi.

"Oleh yang demikian kami menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta latar belakang," tulis petisyen itu.

Tandatangan petisyen - Sokong/link/button/#FA0808

Post a Comment

0 Comments