Kajian dapati, orang tua lebih sukar menipu berbanding orang muda

KAJIAN mendapati, orang muda adalah penipu yang lebih hebat berbanding orang tua.

Satu kajian dibuat mendapati individu berusia 70 tahun sukar untuk mereka cerita tentang objek yang mereka tidak pernah lihat berbanding mereka yang berusia 20 tahun.

Semakin dimakan usia, fungsi otak kita akan merosot, menjadikan orang-orang tua sukar untuk mengawal penipuan mereka kata penyelidik.

Para penyelidik dari Universiti Brandeis di Amerika Syarikat menerbitkan hasil kajian mereka dalam jurnal 'Brain and Cognition".

Ketika kajian dijalankan, imbasan otak yang diambil menggunakan "electroencephalogram (EEG)" mendapati golongan remaja dan warga emas memberikan maklumbalas kognitif yang sama ketika mereka memberitahu perkara yang benar.

kaji penipuan

Namun, otak seorang pesara dilihat jelas kurang mampu bersaing apabila mereka diminta untuk menipu.

Penulis kajian itu mencadangkan bahawa ini bermakna penipuan memerlukan kuasa otak dan kawalan kognitif yang besar.

Tahap lebih tinggi kebolehan mental ini telah diketahui merosot apabila seseorang itu dimakan usia.

Para peserta dalam kajian ini telah diminta oleh penyelidik untuk berbohong dengan mereka maklumat palsu tentang sesuatu yang mereka tidak pernah lihat.

kaji penipuan

Mereka dibahagikan ke dalam dua kumpulan, muda dan tua dengan usia median 75 dan 20 tahun.

Proses pembohongan ini sangat bergantung kepada proses mental yang rumit bagi menghasilkan satu pembohongan yang boleh dipercayai, yang mana Ia sangat mencabar bagi golongan tua.

Bagaimanapun kata penulis kajian itu, pembohongan dalam bentuk penafian mungkin kurang memerlukan kuasa otak.

Sumber — Brain dan Cognition, 22 Oktober 2018

*** "Maka kalau perlu percaya, percayalah kepada orang tua, kerana kebolehan otak mereka sudah merosot untuk berbohong"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan