Power bank meletup mujur kereta tak terbakar

SATU lagi kejadian power bank meletup dalam kereta mengakibatkan 'dashboard' bahagian kiri kereta mangsa hancur teruk.

powerbank meletup

Bagi anda di luar sana yang mungkin sering meninggalkan powerbank di dalam kereta, terutama jika kenderaan anda itu diletakkan di kawasan panas terik, harap ambil iktibar dari kejadian ini.

Aleya Syuhana mengirimkan gambar keadaan 'dashboard' kereta kesayangannya yang hancur teruk selepas dikatakan berlaku letupan berpunca daripada power bank yang ditinggalkan dalam kereta berkenaan.

powerbank terbakar

"Dugaan sungguh dunia ni, pesanan buat kakak-kakak, abang-abang, adik, makcik pakcik semua berhati-hati dengan power bank, hari ini kereta kesayangan saya terbakar 'dashboard' gara-gara powerbank, nasib baik tak terbakar satu kereta," tulisnya.

Ditanya bagaimana perkara itu boleh berlaku, menurut Aleya dia secara tidak sengaja tertinggal powerbank miliknya dalam kereta berkenaan.

Tahun lalu, di Kangar Perlis, seorang lelaki hampir kerugian besar gara-gara meninggalkan powerbank dalam kereta ketika cuaca panas apabila pengecas mudah-alih itu dilaporkan terbakar.

Mujur beberapa orang awam menyedari keadaan kereta bangsa yang berasap sebelum memadamkan api bagi mengelakkan kebakaran memusnahkan kereta tersebut.

Sebelum itu seorang jurutera bersara berusia 72 tahun, bersyukur kerana dia tidak berada dalam kereta ketika 'powerbank' yang ditinggalkannya dekat satu ruang simpanan barang dalam kereta dilaporkan terbakar.

***

Sudah banyak kali kejadian serupa dilaporkan, harap jadi iktibar semoga perkara seperti ini tidak berulang.

Post a Comment

1 Comments

  1. kenapa tak tulis / tunjuk gambar power bank jenama apa ?

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda