SPR akan ditukar nama supaya bebas sepenuhnya

SISTEM pilihanraya bakal menyaksikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ditukar namanya bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dijalankan serta bebas sepenuhnya.

Itu dilapor antara pembaharuan yang sedang dipertimbangkan jawatankuasa khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ARC) untuk dicadangkan kepada kerajaan.

Pengerusi ARC Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pihaknya mahu memberi kebebasan mutlak kepada badan pengurusan pilihan raya negara ini serta memperluaskan kuasa dan fungsinya.

tan sri rashid

Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan. Tan Sri Rashid dilapor berkata demikian selepas ditemui dalam majlis pembukaan perbincangan meja bulat mengenai reformasi pilihanraya, langkah ke depan untuk pilihan raya yang bebas dan adil di parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan yang sedang dipertimbangkan ARC ketika ini bagi mereka memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas dan adil.

Post a Comment

0 Comments