Bila ditanya tentang projek Menara Warisan Merdeka senang sahaja jawapan Najib, "projek Menara Warisan Merdeka menguntungkan" apa alasan langsung tak diberitahu oleh Najib. Alasan mudah Najib, sebab "Permodalan Nasional Berhad yang cadangkan sendiri". Senangnya jadi Perdana Menteri? Apa orang cakap pakai ikut saja? Sebab tu apa APCO cakap pun Najib pakai bantai ikut?
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Berita Hairan
Kalau dilihat pembinaan menara ini sememangnya menguntungkan pada pandangan Najib persoalannya akan menguntungkan siapa? Adakah rakyat akan mendapat keuntungan daripada pembinaan menara ini? Dari sudut mana keuntungan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara dari pembinaan menara ini?
Kalau pun ada sumbangan yang memberikan untung kepada rakyat dan negara, adakah keuntungan yang diperolehi itu berbaloi ataupun tidak? Itu yang perlu diterangkan kepada rakyat! Itu yang rakyat nak tahu! Namun sehingga kini Najib belum mengeluarkan sebab untuk pembinaan Menara Warisan itu. Kalau pun ada hanyalah jawapan dari menteri-menteri lain yang lebih kepada pandangan peribadi yang belum tentu lagi jangkaannya.
Apa yang jelas di hadapan mata kita kini, projek ini akan menguntungkan kroni Najib, bangunan ini akan menerima nasib yang sama dengan KLCC yang tidak berpenghuni sebaliknya menjadi tempat lepak jin. Bangunan ini akan menjadi kebanggaan Najib kerana ia dibuat semasa zaman pemerintahannya. Penyokong-penyokong UMNO akan kata inilah kemajuan yang dibawa oleh UMNO dan BN.
ReJaM© "PRU depan BN dah nak lingkup, Najib takut tak sempat tinggalkan kenangan!"
Uishhh...
ReplyDeleteKLCC tu x de org yg buat pejabat kew???
hmmm mahal sgt kott
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePost a Comment