Sebuah portal berita Britain, Daily Mail melaporkan bahawa jumlah terkini rakyat Britain yang memeluk Agama Islam telah melepasi angka 100, 000 orang di seluruh negara tersebut. Purata rakyat Britain yang memilih Agama Islam adalah, golongan muda wanita Inggeris berkulit putih, yang berusia 27 tahun. Mereka dikatakan sudah bosan dan benci dengan masaalah moral dan ketidak sopanan warga British.
Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan kepelbagaian agama di Britain menyifatkan ia sebagai mengalami satu proses "pengislaman negara Britain".
Laporan itu juga menganggarkan kira-kira 5,200 lelaki dan wanita telah memeluk Islam sepanjang 12 bulan yang lalu, termasuk 1,400 orang di London. hampir 2 per 3 mereka adalah wanita. Lebih 70 peratus adalah wanita berkulit putih dengan purata umur sekitar 27 tahun.
Di tahun 2001, dianggarkan kira-kira 60,000 orang rakyat Britain telah memeluk Islam.
Satu tinjauan telah dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea yang bertanya kepada mereka yang telah memeluk Islam, tentang aspek negatif yang dilihat oleh mereka terhadap budaya British
Mereka menjelaskan bahawa, arak, seks bebas dan keruntuhan moral rakyat Britain telah mendorong mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.
ReJaM© "Rakyat Britain berlumba-lumba masuk Islam, Orang Malaysia berlumba-lumba tolak Islam sebab nak jadi Melayu, mamak-mamak semua perasan Melayu, dan perjuangkan Ketuanan Melayu keh keh keh..."
...mentari terbit dri sblah barat.
ReplyDeletehidup ketuanan Melayu...... kihkihkihhhh
ReplyDeleteIslam berasal dari kata salima yuslimu istislaam (artinya, tunduk atau patuh) selain yaslamu salaam (yang berarti selamat, sejahtera atau damai).
ReplyDeleteAsasnya ia memberi pengertian
1. Islam adalah Ketundukan
2. Islam adalah Wahyu Allah
3. Islam adalah Agama Para Nabi dan Rasul
4. Islam adalah Hukum-hukum Allah di dalam Alquran dan Sunnah
5. Islam adalah Jalan Allah Yang Lurus
6. Islam Pembawa Keselamatan Dunia dan Akhirat
http://www.mail-archive.com/daarut-tauhiid@yahoogroups.com/msg00973.html
Alhamdulillah...=)
ReplyDeleteSat lagi melayu umno jadi mualaf la, mat saleh dtg dakwah kat dia org. Mat saleh akan ajar cara tutup aurat, nasihatkan dia org jgn ikut budaya musik2 barat, jgn pergaulan bebas, jgn minum arak, jgn bela puak gay, jgn rogol amah, jgn fitnah liwat.
ReplyDeleteMat saleh akan ckp, kita org dh lama tinggal benda2 sesat tu, u all pula yg buat...insaflah org melayu umno, kata mereka.
Jangan sampai satu masa anak2 muda di barat akan diajar supaya jgn terpengaruh dgn budaya timur yg sesat itu, sebagaimana kita menolak budaya barat yg sesat selama ini. Roda sudah pusing daaa.
Dulu pedagang islam arab dan india bawa islam ke sini, lepas ini pedagang barat lak. Melayu umno masih mualaf dulu kini dan selamanya. Harapkan bersunat ajela.
huhu.. btul2.. mamak belukang pun dah ngaku jd melayu dah..
ReplyDeletemohon link kan blog wa kat sini wahai admin.blog tuan sudah siap di kongsi,tq
ReplyDeletehttp://malaysiandotcom.blogspot.com
Alhamdulillah...makin ramai yang memeluk islam tp di Malaysia...ramai yg nk tolak islam.hehe
ReplyDeletemay allah bless your
ReplyDeletealhamdlillah...satu yg indah d dgr...wlw 100K 2 bberpe pratus dr pndduk Briton.Reezwan
ReplyDeleteDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
ReplyDeleteH.R. Muslim
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
wallahua'lam
semoga allah merahmati mereka2..
ReplyDeletePost a Comment