England, Switzerland, dan Jerman sedang siasat Taib Mahmud

SEBUAH portal berita berpengaruh Kanada, Global News melaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud kini sedang disiasat oleh tiga negara, England, Switzerland dan Jerman.

Taib Mahmud disiasat berhubung dakwaan mengaut keuntungan daripada hasil pembalakan, mengakibatkan penyusutan teruk hutan-hutan di Sarawak yang dikatakan sebagai antara hutan hujan terpenting di dunia [Global News].


Portal berkenaan turut mendakwa bahawa hasil balak tersebut turut mengalir ke Kanada melalui anak perempuan Taib, Jamilah yang tinggal di negara tersebut.

Jamilah merupakan boss sebuah syarikat hartanah, Sakto yang membina empayar jutaan dollar di Ottawa, Kanada. Pihak berkuasa Kanada turut dihubungi agar menyiasat syarikat tersebut oleh sekumpulan aktivis Kanada.

Orang Iban di Sarawak masih ramai yang tak dapat elektrik dan bekalan air. Anak menteri bermewah-mewahan di Kanada "bantai" hasil balak Negeri Sarawak.

ReJaM© "Balak Sarawak sudah jadi harta Taib Mahmud dan keluarga..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan