Ancaman Kristianisasi dijalankan oleh DAP?

KALAU kita lihat di blog-blog United Malays No Otak, Umno rata-rata memainkan lagu yang sama menyokong Hasan Ali dengan pendedahan dramatik tentang isu Kristianisasi di Selangor.

Tak perlu kupas panjang-panjang, tak perlu fikir dalam-dalam. Isu ini sengaja dimainkan sebagai salah satu taktik propaganda 3R (Religion, Race and Royal) untuk mencengkam minda rakyat.

Sifirnya mudah, United Malays No Otak, Umno mahu rakyat Malaysia percaya bahawa PAS dan KEADILAN sudah jadi tunggangan DAP yang mahu mengkristiankan orang-orang Islam di Selangor.

Sebaliknya negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, seperti Johor, Melaka, dan Pahang tiada ancaman Kristianisasi. Isu Kristianisasi di negeri-negeri Barisan Nasional ditutup rapat-rapat.

United Malays No Otak mahu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng percaya bahawa DAP mahu menjadikan negara Malaysia ini negara Kristian.




Tapi mereka lupa bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta Karpal Singh bukan beragama Kristian kah kah kah. Malah majoriti ahli DAP juga bukan beragama Kristian kah kah kah [Sumber].

Logikkah orang bukan beragama Kristian akan berjuang untuk menjadikan Malaysia negara Kristian? Ini namanya propaganda samdol!

Kalau tanya bayi yang baru lahir semalam pun dia boleh faham bahawa ini propaganda murahan ahli politik gila.

ReJaM© "Patut buatlah propaganda DAP mahu mem "Buddha" kan Malaysia..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan