Pak Samad disiasat kerana baca puisi malam tadi

MALAM tadi A Samad Said, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad membaca sebuah puisi di dalam acara kemuncak Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena malam 31 Ogos Kemerdekaan Semenanjung Malaysia.

Pelik tapi benar, pagi ini Utusan Malaysia melaporkan, Polis akan menyiasat sasterawan negara itu kerana membaca puisi. Patutlah jenayah semakin meningkat, rupanya Polis sibuk nak tangkap orang baca puisi kah kah kah...

Patutlah kes tembak menembak semakin banyak, rupanya Polis sibuk berfikir macam mana nak tangkap orang tua yang janggutnya dah berwarna putih dan jalannya pun hampir-hampir kena papah.



Tambah lucu lagi Utusan kata hanya segelintir peserta Janji Demokrasi yang disebut sebagai peserta Janji Bersih di Dataran Merdeka malam tadi.

Ini namanya menipu depan batang hidung. Wartawan gila Utusan ni ingat warga internet tak pandai tanya pakcik Google untuk lihat kebenaran kah kah kah...

Wartawan akhbar yang selalu kalah saman akibat suka buat fitnah ini ingat warga internet tak pandai cari gambar dan video di facebook untuk melihat sendiri bagaimana Dataran Merdeka dikuningkan malam tadi kah kah kah...

ReJaM© "Woi akhbar gila! Kau ingat warga internet kambeng ke? kah kah kah "

Peringatan: Kepada yang belum tonton Video Klip Janji DiCapati, sila klik sini untuk menonton [Janji DiCapati]

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan